Beginikah Seorang Presiden Parti?

Wednesday 17 February 2010

Saya mendapat sms daripada seorang kawan yang memberitahu sebuah perjumpaan tertutup akan diadakan oleh satu Parti bagi mendengar suara akar umbi terhadap isu keputusan lembaga disiplin parti terhadap pemimpin tempatnya.

Banyak keluhan daripada suara akar umbi yang merasakan keputusan yang berat sebelah yang telah diambil oleh lembaga disiplin, mereka rasa keputusan yang dibuat tidak kena dan ingin menyuarakan pandangan mereka.


Keluhan mereka akhirnya mendapat respon yang menggembirakan apabila Presiden sendiri sanggup turun untuk berhadapan, maka ramailah yang hadir pada hari itu sejak pukul 8.30 malam, sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling bahawa program akan bermula pada waktu tersebut.

Tunggu punya tunggu, pukul 11.30 barulah Presiden muncul. Dengan tergesa-gesa hanya 3 soalan dapat diutarakan dan program terus ditutup selepas itu.

Tiada satu soalanpun yang dijawab malahan Presiden hanya membuat satu ucapan umum yang lansung tidak menggmbarkan beliau mahu bertindak sebagai Presiden yang prihatin.

Kalau beginilah sikap seorang presiden, patutlah parti tersebut menjadi kucar-kacir tidak berhaluan, makin lama makin lemah, tiada kesungguhan untuk memartabatkan Parti ke tahap yang lebih tinggi.

Hanya Presiden yang kuat, tegas, berpandangan jauh dan sentiasa ke depan dalam segala hal mampu memacu  organisasinya menjadi kumpulan yang hebat.

Ketua yang kuat akan sentiasa dapat mematahkan pesaing dari bangun menentang, ketua yang tak kuat akan lemas tidak dapat melakukan apa-apa sehingga akhirnya kumpulan makin lama makin berantakan, mungkin masanya sudah tiba munculnya seorang ketua yang hebat, atau mungkin tak akan muncul-muncul lagi sehingga Parti menjadi bahan sejarah dan bahan lawak.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License