Kelemahan Demokrasi - Tan Sri Isa

Tuesday 6 October 2009


Ramai di kalangan penggiat politik di negara kita menggunakan saluran demokrasi dalam usaha mendapatkan kuasa memerintah.

Samada PR atau BN, masing-masing mengambil kaedah demokrasi ini dalam usaha merebut kuasa menerajui negara kita Malaysia.

Kedua-dua parti itu juga masing-masing menyatakan kecintaan mereka kepada ketelusan, keadilan, kemakmuran dan keamanan. Masing-masing mendakwa mereka membenci rasuah, membenci akhlak buruk, membencikan pemimpin yang korup dan tidak beretika dan lain-lain lagi perkara-perkara yang negatif.

Dalam kes parti UMNO yang baru-baru ini mencalonkan TanSri Isa sebagai wakil mereka di PRK Bagan Pinang, terdapat di kalangan pendokong UMNO yang tidak bersetuju termasuklah bekas perdana menteri kita Tun Mahadhir.

Alasannya adalah kerana Isa pernah terlibat dengan kes politik wang. Terdapat suara-suara yang melaungkan agar UMNO perlu berubah dan membersihkan para pemimpinnya dari mereka yang tidak beretika.

Namun apabila Isa masih dipilih ramai yang kecewa dan mengatakan UMNO susah mahu membuat perubahan jika mereka masih berdegil memilih orang yang pernah disabitkan kesalahan.

Alasan UMNO pula antaranya adalah Isa merupakan pilihan rakyat di kawasan Bagan Pinang, mereka terpaksa akur dengan prinsip demokrasi yang memihak kepada pihak majoriti. Lagipun UMNO perlu menang dalam PRK di Bagan Pinang ini.

Begitu juga parti PAS yang memperjuangkan Islam sebagai landasan politik mereka. PAS percaya hanya Islam yang dapat menyediakan satu landasan atau sistem yang telus dan adil, dan mereka juga menggunakan sistem demokrasi untuk meraih kuasa.

Dengan amalan demokrasi nampaknya, UMNO tewas dalam usaha mereka untuk memulihkan parti, majoriti penyokongnya tetap memejamkan mata dalam memilih calon mereka di Bagan Pinang walaupun segala nasihat yang bernas dan berguna diberikan oleh ramai orang termasuklah Tun Dr. Mahadhir.

Umum semua mengetahui bahawa fitrah manusia mengakui kebaikan samada mereka sendiri baik atau tidak (kecuali mereka yang ada masalah jiwa). Begitu juga umumnya orang Islam mengakui segala kebaikan yang dianjurkan oleh agama mereka.

Tapi umum juga mengetahui bahawa hanya segelintir yang mampu mengamalkannya samada dilihat dari prinsip kebaikan universal atau prinsip kebaikan Islam.

Untuk memenangkan kebaikan dalam demokrasi kita tidak dapat mengelak dari memastikan pihak majoriti merupakan mereka yang percaya dan juga dapat mengamalkan konsep kebaikan sejagat. Sudah pasti ini adalah sesuatu yang amat sukar jika kita menggunakan amalan demokrasi di mana semua orang layak membuat pilihan.

Kita akan terjerumus kepada pilihan yang sukar yang tidak dapat memenuhi kehendak kebaikan sejagat atau Islam. Ramai yang akan tergoda dengan kekayaan, kuasa, wanita dll dan mereka mudah di pesongkan. Inilah yang berlaku pada beberapa wakil PKR dan kepada perwakilan-perwakilan UMNO.

PAS pula berjaya meletakkan para pemimpinnya yang bersih, kerana para pengikutnya merupakan mereka yang rata-rata percaya dan dapat mengamalkan Islam (walaupun ada segelintir yang mungkin terbabas).

Tapi untuk menguasai seluruh negara, adalah sesuatu yang amat sukar jika kita menggunakan prinsip demokrasi, yang bathil sentiasa dapat menang, kerana itulah majoriti rakyat kita.

Saya berkata begitu berdasarkan fakta yang semua orang tahu, berapa kerat orang melayu yang rata-ratanya Islam tidak meninggalkan solat? Solat adalah perkara asas dalam Islam, apatah lagi jika kita bertanya terhadap amalan-amalan lain. Daripada kajian yang pernah dibuat, tak sampai 30% orang Islam yang bersolat 5 waktu.

Jika kita melihat sirah Nabi, demokrasi hanya untuk mereka yang beriman dan beramal manakala demokrasi diguna pakai dikalangan mereka hanya dalam hal-hal strategi.

Kalau Nabi gunakan demokrasi untuk memerintah alamat tak naiklah Islam di mukabumi ini.

Saya tidak mahu mengatakan yang kita perlu menggunakan kaedah kekerasan atau peperangan untuk berkuasa, tapi kita perlu mencari satu kaedah lain yang lebih sesuai dalam amalan demokrasi kita untuk meletakkan pemimpin.
Share on :

5 comments:

  1. Salam Eidul Fitri buat tuan Shubhi,
    Maaf & ampun di sini mengganti diri,
    Tertinta di Loh Mahfuz sejak azali,
    Yang Bathil sentiasa menguasai bumi,
    Yang Hak sentiasa saja disisihi,
    Sehingga ke suatu hari yang dijanji,
    Kebenaran pasti jua menguasai,
    Ayuh teruskan perjuangan ini.

    Kesimpulan yang dapat saya ambil dari entri tuan:-

    Yang Bathilnya;
    UMNO kata pemilihan Isa kehendak demokrasi rakyat pro-BN di Bagan Pinang. Majoritinya, pro-BN memilih PERASUAH sebagai pemimpin.

    Yang Benarnya;
    TS Isa telah dibuktikan sebagai PERASUAH.

    Yang Haknya;
    Jika hari yang dijanji Tuhan telah sampai waktunya, BN pasti kalah di Bagan Pinang!

    ReplyDelete
  2. Salam buat tuan subhi,
    Semua sistem poitik tidak sempurna, termasuk juga sistem khalifah dalam Islam. Sistem-sistem ini hanya akan jadi sempurna jika pendokongnya beretika. Apabila sistem ini mula dikuasai oleh golongan yang mempunyai agenda lain maka saat itu akan runtuhlah sistem ini.

    Kita lihat sahaja di Amerika dimana hanya 20 juta yahudi boleh menguasai sebuah negara yang paling berkuasa didunia.

    Berbalik di Bagan Pinang, kedua-dua Pihak mempunyai hujah yang sama berat. Tetapi apa yang nampak adalah ketamakan untuk berkuasa melebihi kepentingan bangsa.

    Benarlah kata seorang perempuan yang saya jumpa suatu hari yang berkata "Jangan Percaya Lelaki Yang TIDAK CUKUP TINGGI!" -akal mereka panjang!

    ReplyDelete
  3. Zaidi Ali,
    Ya !, segalanya dibawah ketentuanNya.

    Zulbahau,
    Mereka yang tak beretika jauh lebih banyak dari yang beretika...!

    ReplyDelete
  4. Salam idulfitri buat saudara sekeluarga.

    Hmmm...susah juga bila dah terkenal ni. Nak jumpa kawan dekat rumah pun tak sempat.

    Apa2 pun, selamat berjuang dalam bidang yang disukai janji benda itu Allah suka.

    Bedin aka ptistrader.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License