Ulama Umno fatwa sokong BN sampai bila-bila

Thursday, 7 February 2013

Masa bawa kereta petang tadi sambil dengar radio Bernama Radio 24, terikut temuramah bersama dengan salah sorang ulama Umno, Ustaz Idris yang membicarakan berkenaan pemerintah dan rakyat.

Sebagai ustaz dia bercakap semunya ada nas, ada hujah. Tapi aku rasa hujah dia hanya akan diangguk oleh penyokong Umno astau mereka yang tak ada pendirian dalam politik saja.

Satu perkara yang paling ketara, dia insist mengatakan bahawa sistem demokrasi adalah sistem kafir dan perlu ditolak terutamanya kerana demokrasi seolah-olah menjadi satu Agama yang giat dipromosikan oleh kafir Yahudi.

Kemudian dia kata pulak oleh kerana susah sangat nak ikut cara Islam, maka tak ada pilihan buat sementara waktu ini kenalah kita ikut demokrasi. Islam itu lengkap dan punyai sistem ynag tersediri dalam politik. Banyaklah hujah dia kasi berkenaan garis panduan antara pemerintah dengan rakyat.


Peliknya dia tak sebut pulak perkara asas sebelum berlakunya kedudukan pemerintah dan rakyat perlu kepada proses melantik pemerintah. Yang tu dia tak sebut mengikut fahamannya bagaimana hendak dinaikkan pemerintah tanpa mengikut sisitem demokrasi.

Cara dia bercakap seolah-olah kena ikut pemerintahan khalifah di Malaysia ini khasnya untuk menjaga kepentingan umat Islam. Sekali lagi dia tak cakap macam mana nak lantik Khalifah di negara kita.

Peliknya adalah jika kita lantik Khalifah umat Islam di Malaysia, bagaimana dengan umat Islam di luar dari Malaysia, depa nak lantik macam mana dan bila semua negara Islam ada Khalifah masing-masing siapa pula The Grand Master of Khalifah di muka bumi ini? sia punya urusan untuk meletakkannya dan bagaimana?

Dalam dok merapu semua itu dia akhirnya membawa pandangan bahawa kerajaan tidak boleh dijatuhkan. Pemimpin yang tak betul tidak boleh dijatuhkan, boleh nasihat tapi secara one to one. Bila agaknya rakyat berpeluang jumpa one to one dengan Najib melainkan jika mahu push projek buat duit untuk kroni!

Dia bagi hujah Imam Nawawi yang tidak membenarkan rakyat menegur pemimpin secara terbuka walaupun dia fasik dan tak betul sama sekali. OK lah kalau dia fasik sebab buat dosa antara dia dengan Tuhan saja. Tapi jika dia buat fasik yang melibatkan rakyat dan seterusnya merosakkan aktiviti dakwah ummah pulak macam mana?

Ustaz Umno ni pulak macam tak sedar sekarang ni ada kerajaan negeri dan ada kerajaan persekutuan. Macam mana pulak dengan kerajaan negeri yang berada di dalam kuasa Pakatan Rakyat? kenapa ulama Umno kritik dan tolak mereka? bukankah itu juga satu kesalahan jika diikutkan doktrin mereka kena taat pada pemimpin walaupun tak betul?

Aku rasa apa yang dia nak bagi tau adalah tukar semuanya menjadi kerajaan BN di seluruh negara dan negeri dan rakyat perlu taat sampai bila-bila dan setiap kali pilihan raya kena pangkah BN dan PR tak perlu letakkan calon supaya BN menang percuma dan BN kekal jadi pemerintah sampai kiamat....betoi ke cara dia ni berfikir?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License