Dalam banyak-banyak organisasi ada 2 yang paling gila meroyan di malaysia. Meroyan atau gila talak ni memang penyakit terklenal di negara kita pada mereka yang tak kuat jiwa. Organisasi yang aku maksudkan adalah:
- Umno
- FAM
Makhluk yang pertama tu semua dah tahu memang sewel aka gila meroyan takut hilang kuasa kemudian ramai-ramai kena dakwa salah kuasa, salah laku seleweng herta rakyat dan sebagainya.
Apa yang aku nak cakap kat sini adalah makhluk nombor dua yang dikuasai oleh mereka-mereka yang tidak nampak bagaimana cara bolasepak perlu dikendali dan di bina ke peringkat yang lebih tinggi.
Buka saja puak-puak yang duduk kat atas dalam organisasi tu, malah keseluruhan mereka yang terlibat dari peringkat bawah sampailah keatas semuanya mangkaq. Daripada pemain atau jurulatih atau pengadil atau penyokong kelab yang tertakluk bawah FAM semunya mangkaq berayun tak boleh pakai dan tak ada satu iltizam tinggi untuk buat perubahan.
Apa yang FAM buat dari sehari ke sehari dengan berbagai kontroversi amat meloyakan tekak aku. Baru-baru ni dia bagi pulak surat tunjuk sebab pada Shahidan kassim sebab kritik FAM dan buat kenyataan media terhadap FAM.
Kalau ikutkan rasa nafsu amarah aku, memang seronok tengok Shahidan Kassim kena macam tu sebab dia tu orang kuat Umno dan aku tak suka sesiap saja yang jadi orang kuat umno dan aku tak sokong mereka.
Tapi dalam bab ni kita perlu lebih objektif dalam mengkritik demi untuk melihat FAM dan keseluruhan sistem yang ternyata gagal dalam badan penting suka bolasepak negara kita berjaya dimusnahkan dan diolah serta dirombak semula.
Dari segi perlembagaan yang ada dalam FAM, memang semua yang mereka buat adalah betul. Tak salah sama sekali dan mereka yang tertakhluk bawah FAM yang melanggar perlembagaan memang bersalah dan perlu dikenakan tindakan.
Aku tak pertikaikan proses itu semua. Tetapi aku pertikaikan perlembagaan yang aku rasa lapuk dan perlu dirombak supaya lebih berdaya saing dan mampu memartabatkan bolasepak di negara kita dan memberikan peluang pada semua orang yang berkemampuan untuk menyumbang pada industri tersebut tak kira raja atau rakyat biasa.
Apa yang perlu sekarang adalah mengajak kesemua yang terlibat dalam FAM nekad untuk tinggalkan saja organisasi tersebut dan biarkan si luncai terjun dan kawal serta peluk labunya. Biarkan kerabat dan konco-konconya saja yang terkebil-kebil buat ikut suka hati mereka tanpa ada pasukan bola, pengadil, penyokong, peniaga, penjual tiket yang layan mereka.
Sebulan, setahun, dua tahun depa akan belah berambus dan berikan pada orang yang lebih serius cerdik dan mahu membangunkan sukan bolasepak negara.
No comments:
Post a Comment