Pagi tadi dalam lingkungan pukul 11.00 Deepak Jaikishan, yang satu masa dulu kawan baik Rosmah Najib berjalan masuk ke Bangunan Pas di Jalan Raja Laut KL. Dia ada pertemuan dengan Naib Presiden Pas, Dato' Mahfuz Omar di tingkat 5.
Deepak bersetuju untuk bertemu Mahfuz bagi membincangkan isu imuniti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Deepak dalam usaha mendedahkan segala apa rahsia yang dikendongnya di bawah kilang karpetnya itu memerlukan perlindungan saksi untuk berbuat begitu.
Pertemuan Deepak bersama Mahfuz akan diiringi oleh para peguam bagi membincang dan mendapatkan khidmat nasihat terbaik dalam hal menguruskan perlindungan saksi yang diminta olehnya.
Deepak bukan seorang Indian businessman yang lekeh. Sejak tahun 2000 ke tahun 2009 dia berjaya selesaikan sebanyak RM3 billion pelaburan dalam sektor pembangunan hartanah. Memang dia dan keluarganya dikenali dalam industri hartanah berbanding industri karpet.
Dia hanya jadi Keling Karpet setelah membeli syarikat pembuatan karpet Noble Carpet Sdn Bhd yang merupakan kilang karpet paling besar yang ada di Malaysia.
Dari kilang karpet yang besar tersebut, Deepak berjaya masuk ke dalam rumah Rosmah Najib untuk membekalkan segala hiasan dalaman istana Wanita No1 Malaysia. Rosmah punya taste yang tinggi hanya akan berurusan dengan tokeh paling besar dalam industri karpet bagi menghamparkan karpet di dalam istananya. Sejak itu Deepak dakwa..."Rosmah dah jadi macam aku punya kakak!!!".
Biasalah dalam dunia gelap negara kita, setiap urusan niaga yang melibatkan kerabat Umno/BN akan berakhir dengan taukeh terperosok menjadi pencacai tahap maksima pada Umno/BN. Dan tup-tup Deepak terpaksa menjadi barua bagi melindungi PI Balasubramaniam. dalam isu penutupan rahsia kes pembunuhan Altantuya!!!.
Bagi sesiap saja yang berjaya deal business dengan Umno/ BN akan lalui proses, buat duit, jadi kaya dan dapat projek lagi dan jadi kaya lagi dan dapat duit buta dan dapat tanah buta dan jadi kaya lagi dan jadi barua, jadi balachi dan akhirnya terkena...kalau masih kaya tak jadi isu tapi kalau jatuh papa akhirnya akan jadi musuh BN...lalu PR akan menyambutnya sebagai ayam tambatan baru pulak
Biasanya ayam tambatan yang PR dapat power-power sebab BN/Umno terkenal dengan terlalu banyak isu korup, tamak, dengki dan segala sumpah seranah bisul bernanah...
Gambar pertemuan Deepak dengan Mahfuz
Wednesday, 6 February 2013
Labels:
# Altantuya
# Najib
# Politik Meloya
# Rosmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment