SPR macam tahu BN terus berkuasa pada PRU13

Sunday, 27 May 2012

Hari ini aku bacaa kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak laporan kajian dari Merdeka Centre yang mengatakan 92% daripada pengundi tidak percaya pada kebersihan sistem pilihanraya di negara kita. Alasannya adalah 1000 responden tidak mewakili keseluruhan rakyat negara.

Bagi mereka yang tahu konsep sampling dalam melakukan sebarang bancian tentu tak akan menolak kenyataan dari beliau. Memang segala kajain atau bancian daripada metodologi sampling boleh dipertikaikan. Prinsip asas sampling adalah semakin ramai atau semakin banyak responden, semakin tepat hasil kajian.


Kerja mengenal pasti sampling yang bakal digunakan untuk menggambarkan keseluruhan pendapat rakyat Malaysia memerlukan kajian terperinci dari segenap segi. Betul sebagaimana kata Wan Ahmad, kita tak boleh sekadar menemubual mat rempit untuk memberikan gambaran ia adalah pendapat rakyat Malaysia. Jadi aku setuju ada kebenarannya kata beliau.

Cuma aku tertarik dengan rumusan beliau berkaitan dengan hasil kajian tersebut. Berikut apa yang beliau katakan:

"beliau yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.."

Ada sedikit pelik dengan kenyataan di atas kalau pembaca perasan. Ia seolah-olah SPR mengjangkakan yang BN tetap akan menguasai Malaysia selepas PRU ke 13 nanti.

Baca laporan penuh di sini.
Share on :

2 comments:

  1. bro . maaf ya . aku salah seorang pengundi PAS Parliment Kuala Kedah pada 2008 bro . Alasan aku nak tukar tengok kerajaan negeri dari UMNO ke PAS dan selalu dok dengaq crita MENANTU TERSOHOR Level 4 BOYS . Sekarang LEPAS 4 tahun PAS pegang KAMI LEBIH banyak DISKO dan KARAOKE dekat KEDAH . Madrasah nak DI ROBAHKAN . So pasti tahun ni aku PANGKAH BN .Jadi PENDAPAT aku tak salah la ORANG SPR cakap macam ni . SEBAB depa pon ADA orang MENGKAJI juga KEADAAN SEMASA bro . BUKAN aku tak mahu pangkah PAS . TETAPI NAMPAK PERJUANGAN PAS TERSASAR AGAK JAUH BRO . AKU BUKAN FANATIK . AKU TAK BLEH TERIMA BUKAN MELAYU JADI PM DAN TPM .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda berhak dengan undi anda. Masing-masing bertanggung jawab dengan apa yang dia buat. Tak ada paksaan dalam agama, inikan pula dalah perkara memberikan undi. Kalau anda terasa ada orang tersasar, berusahalah membetulkannya dengan berhikmah, nescaya anda mendapat ganjaran.

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License