Dengar kata Himpunan 1 Juta Belia yang kononnya dihadiri oleh 2 juta belia negara di Putrajaya telah menghabiskan RM2.4 juta untuk persembahan artis K-Pop dari Korea. Kumpulan K-Pop Yang dijemput adalah Dal Shabet dan juga Teen Pop. Keseluruhan belanja untuk menghimpun 2 juta belia di Putrajaya tersebut dikatakan berjumlah RM20 juta.
Bila Menteri Ahmad Shabery ditanya apa komennya dengan belanja sampai RM2 juta untuk jemput artis K-Pop yang menjadi kegilaan para remaja dunia Asia tertutamanya kini, Menteri itu berkata ok tak apa asalkan ianya ditaja.
Dia kata ok kalau ada orang yang taja dan aku tanya siapa pulak yang menajanya?. RM2 juta bukannya jumlah yang kecil tu Menteri ooi. Itu satu investment yang besar dan persolannya untuk apa investment tu. Untuk dapatkan projek kat mana? dan betulkah kumpulan K-Pop yang dijemput tu dapat bersih RM2 juta tu atau mereka sekadar dapat RM200,000 dan selebihnya ada sebuah syarikat macam Perimekar yang dapat komisyen besar hasil dari jualan Scorpene tu?
Kenapa aku kata macam tu? sebabnya, itulah budaya usahawan Umno yang selama ini aku faham. Aku rasa ramai juga rakyat Malaysia yang faham macam mana aku paham. Kalau nak jadi kaya cepat macam usahawan Umno, buat proposal berniaga dengan Kerajaan menjadi clientnya dan bubuh satu harga kow-kow dan profit mau tinggi, sebab nak kena bahagi kat ramai buaya yang lapar duit. Begitu juga dengan keseluruhan belanja RM20 juta untuk acara tarik undi tu, tentu ada yang dah tukar kereta Audi TT baru hasil dari projek tu.
Apasal Kerajaan tak mau jemput Ustaz Azhar Idrus untuk penuhkan Putrajaya dengan para remaja dan belia serta beliawanis. Aku yakin Ustaz Zahar ada crowd pulling factor yang cukup hebat melebihi sesiapa saja artis terkini dan juga ahli politik termasuklah Najib Razak sendiri. Apakah Umno takut kalau-kalau yang hadir itu cuma mereka yang cenderung pada agama dan itu bukan kumpulan sasaran mereka? kalau macam tu memang Umno jenis yang suka pada remaja yang terkinja-kinja.
Menteri: Belanja besar K-Pop bukan isu jika ditaja
Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.
Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.
Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.
"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta. Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya.
No comments:
Post a Comment