Pernahkah anda mendengar dari mulut seseorang yang mengatakan hidupnya susah terkena buatan orang?. Walaupun dalam era moden sekarang, masih ada ramai lagi orang yang sering berpaling pada samseng buatan halus ini apabila ada sesuatu yang tidak kena pada mereka.
Antara mereka yang paling kerap kita dengar adanya masalah sihir buatan orang adalah daripada kalangan para peniaga terutamanya Melayu yang menjalankan perniagaan kedai makanan. Biasanya para peniaga membuka sebuah restoran dan perniagaannnya menjadi laris sedikit demi sedikit sehinggalah ke satu masa jualan kedainya merosot teruk.
Apabila ini berlaku, ada yang mula berjumpa bomoh dan daripada bomoh terdedahlah rahsia kononnya ada orang yang tak suka dengan kejayaannya lalu kedainya telah disihirkan. Aku mungkin bernasib baik sebab majoriti daripada kawan rapat aku yang berniaga bukan merupakan mereka yang terbelengu dengan masalah sihir ini.
Kebanyakan daripada kawan aku yang berniaga sentiasa akan mencari punca logik yang boleh diselesaikan apabila terjadi masalah dalam perniagaan mereka dan memalingkan fokus mereka pada kemungkinan ada terkena buatan orang adalah perkara yang teramat jarang terlintas di fikiran mereka.
Walau apapun yang sebenarnya terjadi, sihir bukanlah satu perkara asing pada makhluk yang bernama manusia. Ia bukan saja sesuatu yang unik untuk orang Melayu sahaja, malah ia merupakan satu fenomena universal. Aku pernah membaca satu laporan daripada pakar yang menjalankan kajian tentang perkara mistik atau sihir ini mengatakan bahawa pemikiran percaya pada sihir sebenarnya berlaku kepada hampir 70% daripada penduduk dunia.
Sebab itu kita biasa dengar ada orang yang sampai maut kerana dikatakan terkena buatan orang. Ada ramai juga yang menjadi gila kerana terkena buatan orang dan ada ramai peniaga yang jatuh susah kerana dikatakan terkena buatan orang. Ramai juga dari kalangan remaja wanita menjadi tak berapa siuman kerana kononnya terkena buatan orang, ini belum lagi masuk bab remaja wanita yang menjadi busung perutnya kerana dibuat orang.
Soalannya, adakah sihir boleh membuatkan kita mati, dan jika benar apakah puncanya. Dalam satu kajian yang ditulis di sini, penulis ada melaporkan bahawa sebab utama mereka yang terkena sihir atau apa yang mereka namakan sebagai 'voodoo' menemui maut adalah berpunca daripada sikap mereka yang amat percaya dengan sumpahan sihir tersebut.
Akibat daripada perasaan percaya yang tertanam dalam jiwa mereka, maka orang yang dikatakan terkena voodoo mula menjadi murung dan tertekan sehinggakan tekanan darahnya menurun dengan amat rendah sekali ke tahap di mana tidak dapat berlaku pengaliran darah dan akhirnya merosakkan banyak organ di dalam badan. Mereka yang percaya terkena sihir juga menjadi tidak lalu makan dan tidak mahu minum air. Ini menjadikan mereka bertambah teruk dan akhirnya hanya menunggu maut.
Apa yang boleh kita simpulkan di sini adalah semua yang berlaku banyak berpunca kepada apa yang kita yakin dan percaya. Akal akhirnya hanya perlu mengarahkan semua jentera di seluruh badan bertindak seiring dengan apa yang telah kita percaya tersebut. Jika kita percaya sihir itu memberikan kesan , maka akan berlakulah kesannya sebagaimana yang kita percaya. Sebaliknya jika kita percaya tidak ada apa-apa akan berlaku kerana segala yang terjadi adalah dalam kekuasaan Tuhan, maka tak ada apa-apa yang berlaku.
Dalam buku The 7 Laws of Magical Thinking: How Irrational Beliefs Keep Us Happy, Healthy, and Sane, penulis menggunakan prinsip kepercayaan ini secara positif bagi membuatkan diri kita menjadi hebat. Ini merupakan satu kehebatan akal manusia yang dijadikan Allah yang mana kekuatan 'percaya' itu biasa digunakan bagi menghasilkan banyak perkara yang tidak perlu penghuraian logik.
Bersangka baiklah pada Allah, Tuhan yang mencipta kita. Jika kita yakin Allah Maha Pengampun dan RahmatNya amat luas, nescaya kita tidak akan pernah berputus asa dalam kehidupan kita walau seteruk manapun kita tersilap langkah.
Kamu ni tak kena pd kamu blh kata macam2.. smua orang x mntak terjadi sesuatu pd dr nya..
ReplyDeleteSihir itu adalah realiti hingga nabi muhammad s.a.w. pun pernah kena sihir..bkn krn manusia percaya x percaya..memang sihir ini wujud yg mnjadi senjata bg mrk yg jahat..bg mrk yg x pernah kena sihir alhamdulillah tp x payahlah nk mngata orang yg kena sihir ni mngada2kan crt..
Tak katapun macam tu? tak katapun sihir ni bukan realiti? aku cuma bagi tau bagaimana kesan sihir bertindak dan bagaimana mengatasinya. Kalau terkena sihir dan pergi berubat kat Tok Bomoh yang kamu tak percaya, tak ada gunannya.
DeleteKalau terkena sihir dan membaca ayat3 qul tetapi kamu tak yakin dengan kehebatan ayat tersebut, tak ada gunanya juga. Pokoknya yakin bang oooi.
Kalau Islam dan menyembah Allah tapi tak percaya atau yakin bahawa Allah tu Wujud dan Yang Mahau Berkuasa lagilah tak berguna lansung.
Moga faham mesejnya. Mungkin ada orang yang tak suka dengan perkataan 'konon'. Tapi itu ayat yang paling sesuai untuk perkara yang kita tak pasti sebab banyak kes berlaku bomoh hanya menipu.
Memang betul, sihir tidak akan membuatkan kita mati, kita hanya akan mati setelah Allah mengarahkan Izrail datang mengambil nyawa kita. Sama gak doktor tidak bisa menyembuhkan apa-apa penyakit, semuanya dengan kehendak Allah. Sebab tu jika baca kisah Nabi Ayob, dia tidak mati walaupun syaitan telah buat bermacam perkara kepada dia tapi dia tak mati pun, tapi sengsaranya hanya Allah yang tahu. Begitu juga akan terjadi kepada kita, tak kena tak tau, dah kena baru tau, wallahua'lam.
ReplyDeletebetul tu dan kita mohon perlindungan kepada Allah agar dikenakan ujian pada kita pada tahap yang mampu kita hadapi dan aku yakin segala apa yang terkena pada kita adalah bersesuaian dengan ketahanan kita. Allah Maha Adil...kita saja yang sering keluh kesah.
DeleteSaya juga berfikiran begitu, kadang2 rasa terganggu dengan sikap ahli keluarga/ org sekitar yg terlalu percayakan kuasa sihir dan kesusahan/penyakit/hilang akal/kematian yg disebabkan buatan org... Bagi saya, segalanya adalah ketentuan Tuhan dan kita sebagai hambaNya hanya perlu sepenuhnya yakin, bertaqwa dan berserah kepada Allah dalam segala hal.
ReplyDelete