Syabas! Pas Pulau Pinang - 162 Pelajar Terima Zakat RM1 Juta

Friday, 13 April 2012

Berita ni kalau hang pa cuba nak cari dalam media arus perdana yang jadi tunggangan Umno/BN, tobat tak akan jumpa sebab tak ada kebajikan bagi puak tu. Apa yang puak tu selalu war-warkan adalah kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tu anti Melayu, Lim Guan Eng anti Islam.

Oleh kerana Lim Guan Eng anti Islam dan Kerajaan DAP Pulau Pinang, maka depa terjemahkan rasa meluat mereka pada orang Melayu Islam di sana dengan memperuntukkan sebanyak RM64 juta untuk urusan perjalanan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang, setiap tahun peruntukan itu naik berganda-ganda. Betapa bencinya depa pada orang melayu islam di sana.


Baru-baru ini Exco Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik PKR menyampaikan wang zakat hampir RM1 juta kepada 162 pelajar Melayu Pulau Pinang yang mengaji di Tanah Arab. Aku yakin ini tentu usaha gigih Pas yang diketuai oleh Ustaz Datuk Saleh Man, walaupun dalam berita tak ada lansung nama Saleh Man di sebut sedangkan dia (hanya) orang nombor MAIPP. MAIPP mengajurkan upacara pemberian zakat tersebut baru-baru ini.

Macam nilah tarbiah hebat orang Pas macam Ustaz Saleh Man tu yang perlu kita contohi. Buat kerja tanpa ada sesiapapun tahu. Biarlah PKR yang dapat nama, kan semuanya duduk bawah bendera PR. PAS atau DAP atau PKR sama saja walupun yang buat kerja teruk di atas tu hanyalah DAP dan juga PKR. Syabas sekali lagi Pas Pulau Pinang. Hahaha pandai sungguh hang pa nih!

Lepas ni aku jangkakan semua masjid di seluruh Pulau Pinang akan bergerak aktif mengatur segala program pendidikan seperti tuisyen dan kursus percuma pada orang melayu pulak. Aku dengar berita yang Ustaz Saleh man tengah giat mengatur usaha ke arah itu. Mari kita doakan merekaberjaya membuat transformasi kepada semua Masjid di seluruh Pulau Pinang. Jangan sampai orang tuduh ini erja politik sudahlah. Pendidikan percuma, bantuan kemahiran dan program pengimarahan masjid ni bukan kerja politik mangkuk ooi, ini kerja fardu kifayah yang pemimpin kena tengok dan beri sokongan serta bantuan pengurusan.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License