- Masalah kegemukan sekarang ini adalah masalah universal. Ia berlaku di serata dunia dan jumlah orang yang merana akibat penyakit yang berpunca dari masalah gemuk mengatasi jumlah manusia yang merana kerana tak cukup makan.
- Kalau kita merasa kasihan apabila melihat orang Etophia kurus kering tak makan dan bertungkus lumus turut sama menghulurkan simpati berupa bantuan kepada mereka, kita juga sepatutnya merasa belas kasihan pada orang yang gemuk yang memenuhi masyarakat di sekeliling kita.
- Saya pernah mendengar seorang sahabat saya mengeluarkan satu pendapat yang saya tak terfikir ketika membincangkan masalah orang gemuk. Katanya seorang muslim yang gemuk sebenarnya bukanlah seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik.
- Alasannya adalah jika dia benar-benar mengamalkan ajaran agama, perkara asas yang dia perlu lihat adalah memelihara nafsu yang ada padanya dan seorang muslim yang baik perlu memelihara tubuh badannya sebaik mungkin. Ia adalah 2 matlamat yang boleh diselesaikan dengan hanya mengamalkan satu anjuran Rasul, 'makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang'.
- Mendengar hujahnya itu saya hanya mendiamkan diri kerana terbayangkan ramai di kalangan para 'Ustaz' yang kelihatan berlebihan berat badannya dan untuk mengatakan mereka tidak mengamalkan ajaran agama dengan baik merisaukan saya.
- Apakah punca ramai orang yang gemuk di muka bumi ini dan kenapakah mereka kekal dengan keadaan tersebut malah semakin lama semakin meningkat.
- Punca ramai gemuk semua orang boleh agak sebabnya, ia adalah perubahan cara hidup manusia yang tidak bersesuaian dengan kejadian manusia. Ini telah saya tulis dalam artikel mengenai duduk
- Apa pula puncanya setelah mereka gemuk mereka tidak mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan kepada timbangan yang sepatutnya. Ini dijawab oleh fakta kajian yang dijalankan oleh penyeledik yang menemui bahawa:
- 'kebanyakan orang gemuk tidak sedar mereka gemuk'.
- Untuk menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu kita buat adalah mengetahui bahawa berat badan kita berlebihan. Dari situ baru usaha menurunkannya boleh dimulakan. Kalau kita tak sedar yang kita gemuk maka kita akan berterusan begitu sampai bila-bila.
- Baca laporannya di sini
- Jangan leka dengan kesibukan kononnya kita tak ada masa untuk memantau keadaan diri kita. Jika kita serius mahu menjadi muslim yang baik, mulakan dengan menimbang berat badan, dan pastikan ia sesuai dengan ketinggian diri kita. Dapatkan kiraan BMI anda segera.
Kenapa orang gemuk tetap gemuk dan tidak berusaha untuk kurus
Monday, 9 April 2012
Labels:
# Kegemukan
# Kesihatan
# Tahukah Anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment