Muslimat Pas Pulau Pinang elok 'outsource' semua kerja mereka pada Mawar

Wednesday, 11 April 2012

Kalau ada Muslimat Pas negeri yang yang hebat berorganisasi untuk memantapkan pergerakan mereka, tidak ada yang dapat menandingi Pas Pulau Pinang. Beberapa pimpinan muslimat Pas Pulau Pinang telah menyertai Mawar sebuah badan NGO yang memperjuangkan kebajikan kaum wanita di Pulau Pinang setelah melihat Muslimat Pas Pulau Pinang lebih asyik dengan kerja mereka yang tersendiri sesama sendiri sahaja.

Terdapat desas desus Muslimat Pas yang menyertai Mawar dipanggil mengadap panel disiplin parti kerana dikatakan menyertai badan NGO tanpa mendapat restu Parti terlebih dahulu. Tapi semua yang disoal menafikannya. Nampaknya ada ura-ura mereka akan gunakan Mawar untuk melakukan segala aktiviti parti selepas ini. Jadi bolehlah mereka meneruskan tumpuan mereka kepada kerja-kerja usrah sesama sendiri dan bersuluk di sudut markas parti.


Ada kemungkinan Pas Pulau Pinang yang diketua oleh Ustaz Salleh Man juga akan mempertimbangkan untuk meng-sub semua aktiviti politik kepada badan NGO selepas ini jika Mawar berjaya menjalankan aktiviti muslimat. Masalah Ustaz Salleh Man sekarang adalah belum ada lagi NGO yang nampaknya berminat untuk mengambil alih kerja mereka.

Mat Sabu ynag merupakan pengerusi jawatan kuasa pemantau negeri Pulau Pinang yang ditugaskan khas untuk memperbetulkan landasan Pas Pulau Pinang dan mengatur serta menerjah mereka untuk lebih agresif dan ke depan nampaknya telah berjaya menemui satu formula hebat. Mat Sabu dikatakan mempengerusikan jawatankuasa pemantau tersebut setiap dua minggu sekali semenjak ianya ditubuhkan pada bulan November tahun lepas hasil daripada keluhan akar umbi serta para peminat Pas yang tidak melihat sebarang kerja dilakukan oleh Pas Pulau Pinang. Mat Sabu dijangka akan mengsyorkan agar Ustaz Salleh man sub semua kerjanya samada pada PKR atau DAP. Tapi nampaknya Lim Guan Eng macam tak setuju atas alasan yang dia bukan Islam.

Apapun kita akan terus memantau perkembangan terkini di Pulau Pinang yang nampaknya semakin agresif untuk menggantikan Umno. Umno sebelum ini yang tak buat apa-apa kerja untuk orang Melayu...takut Umno itu yang mahu digantikannya...hahaha.


Baca laporan mengenai Muslimat Pas kat sini

Nota:
Hentam Pas Pulau Pinang tak pa sebab Pulau Pinang insyallah dalam halkum akan tetap dibawah kuasa Pakatan Rakyat. Pas tak ada di sanapun DAP dan PKR pasti mampu menguasai negeri tersebut.
Share on :

1 comment:

  1. salam tuan

    harap dapat link ghaflah.blogspot.com

    terima kasih

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License