Setiausaha Agong Perkasa, Syed Hassan Syed Ali |
Perkasa juga mencabar Khalid Ibrahim untuk membuktikan dirinya layak memegang jawatan tersebut dengan membaca khutbah solat jumaat dan juga mengimami solat jumaat. Ini kerana Hasan Ali yang sebelum ini memegang jawatan tersebut mampu mengetuai solat serta boleh membaca khutbah jumaat.
Perkasa juga merasakan Khalid Ibrahim tidak akan mampu membuat seperti Hasan Ali yang kerap menyerbu segala Pub dan juga Bar di Selangor serta menyerbu gereja yang mengadakan aktiviti kristianisasi di negeri Selangor.
Sebelum itu bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo juga turut meluahkan rasa kesalnya terhadap PAS yang diumpamakannya sebagai 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Ini kerana rakyat termasuklah bekas MB tersebut juga mengharapkan Pas menjadi juara dalam mempertahankan Islam di negeri Selangor tetapi sebaliknya jawatan tersebut terlepas ke tangan PKR.
Sebenarnya jawatan yang sama di negeri Pulau Pinang tidak dipegang oleh PAS sebaliknya dipegang oleh PKR sedangkan Pas mempunyai wakil Dewan Undangan Negeri di sana yang di wakili oleh Ustaz Saleh Man. Sebaliknya Ustaz Saleh Man hanya menjadi Timbalan Yang Dipertua Majlsi Agama Pulau Pinang. Jawatan Yang Dipertua sebelum ini di pegang oleh ustaz Elyas Zakaria yang telah tamat tempoh khidmatnya dan masih tidak ada sebarang perlantikan baru sejak 1 Januari 2012 baru-baru ini.
Apakah benar dengan jawatan Exco agama dipegang oleh Menteri Besar yang menurut Perkasa sebagai jahil dan tidak pandai Islam bakal mengancam umat Islam di negeri Selangor. Untuk cuba memahaminya mari kita senaraikan beberapa masalah yang mengancam umat Islam di negeri Selangor ini sekarang:
- Tidak menunaikan solat.
- Minum arak
- Berjudi
- Tidak cukup duit
- Tidak cukup ilmu
- Pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
- Suka berhibur
- Jarang atau tidak suka ke Masjid
- Tidak bermasyarakat.
- Tidak suka menambah ilmu
- Mengejar kekayaan sehingga lupa diri.
- Terlalu ramai yang mendedahkan aurat
- Majoriti yang memenuhi Projek Perumahan Rakyat Termiskin
- Majoriti yang memenuhi pasaran pekerja tanpa kemahiran.
- Majoriti yang memenuhi Pusat Pemulihan Dadah
- Majoriti yang terjebak dengan projek buat anak haram dan membuangnya.
- Majoriti yang memenuhi aktiviti merempit di pusat-pusat bandaraya.
- Majoriti yang memenuhi golongan tercicir dalam pelajaran.
Mungkin cukup setakat itu untuk kita senaraikan masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat Umat Melayu yang pada definisinya menganut agama Islam di negeri Selangor. Bukan sahaja di negeri Selangor malah di seluruh negara kita.
Kalau mahu diringkaskan kita serba serbi tercicir dari segi Ekonomi dan Pendidikan. Itu adalah perkara asas yang menjadi punca umat Islam atau Umat Melayu mudah tergoda dengan pujuk rayu yang menawarkan kesenangan pantas.
Apakah usaha yang dijalankan oleh Perkasa dalam mengatasi masalah yang sedang melanda orang melayu di negara kita?. Apa yang mereka sering bisingkan hanyalah perkara yang boleh mendatangkan kelebihan politik kepada golongan yang mereka sokong dan mampu meng-glamourkan mereka.
Apa usaha mereka untuk menggalakkan umat Islam pergi ke majlis-majlis Ilmu yang diadakan di Masjid atau Surau. Apa yang mereka buat untuk menggalakkan orang Melayu maju dalam ekonomi dan juga pendidikan. Apa yang mereka buat agar majoriti orang melayu mampu memenuhi rumah teres yang harganya melebihi RM350 ribu seunit.
Jika program keagamaan serta program memahami akidah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan umat melayu, masalah murtad akan menjadi terpencil malah Umat Kristian pula yang akan risau apabila ramai dikalangan mereka yang mahu memeluk islam.
Setakat ini Perkasa hanya mahu menyalahkan orang lain sahaja dalam masalah yang sedang melanda umat melayu di negara kita. Baca laporannya di sini.
Tak ada sesiapa nak buat laporan polis terhadap perkosa yg cuba wujudkan ketidakharmonian di selangor ka?
ReplyDelete