Betulkah Pemimpin Cina Dibuli Dalam BN?

Thursday, 26 January 2012

Betulkah para pemimpin Cina yang duduk di dalam Barisan Nasional hanya sekadar menjadi Patung Kulit kepada Tok Dalang mereka iaitu Umno. Apakah itu menjadi salah satu sebab kenapa orang Cina mula beralih arah meninggalkan BN dan mula menyokong Pakatan Rakyat. Kerana mereka tidak mahu hanya menjadi orang suruhan Umno dan hilang segala maruah mereka.

Mari kita lihat semula tuduhan Yong Teck Lee dari SAPP Sabah yang memberikan contoh pengalaman apa yang telah dilihatnya berlaku kepada Koh Tsu Koon.


  • Yong Teck Lee pernah menyaksikan Koh Tsu Koon ditengking dengan tidak sopan dan kasar oleh seorang pegawai kerajaan berbangsa Melayu kerana bercakap dalam Bahasa Mandarin dengan seorang pemimpin lain.
  • Yong Teck Lee juga pernah menyaksikan Koh Tsu Koon terbongkok-bongkok menyembah Menteri Besar Kedah ketika itu Sanusi Junid agar tidak meneruskan hasrat mahu membina lapangan terbang di Kedah kerana khuatir ia akan bersaing dengan Pulau Pinang. Sanusi dengan selamba menolak Koh ke tepi tanpa perdulikannya dan berlalu di mana Koh terhegeh-hegeh mengejar Sanusi dan terus merayu.
Kalau semua yang telah diceritakan diatas itu benar dan saya rasa macam nak percaya yang ianya benar, kita sepatutnya merasakan kagum dengan kehebatan Umno yang mampu membuli dan meletakkan kedudukan orang Cina di bawah mereka. Dakwaan Umno bahawa mereka selama ini menjaga kepentingan orang Melayu daripada dibolot oleh orang Cina mungkin ada betulnya kerana orang Cina akan sentiasa menjadi Patung Kulit orang Umno.

Dalam cerita pertama di atas, digambarkan seorang pegawai kerajaan Melayu dengan selamba menengking seorang Menteri Besar berbangsa Cina kerana bercakap Mandarin di depan khalayak ramai. Kita semua tahu betapa para pegawai kerajaan Melayu amat setia menjadi kaki ampu para pemimpin Umno atau lebih ringkas lagi ayat popular pencacai Umno.

Daripada cerita di atas kita boleh bentuk Hiraki ketuanan BN sebagai berikut:

ORANG UMNO > PEGAWAI KERAJAAN > ORANG CINA

Maksudnya orang Cina akan mengikut arahan pegawai kerajaan Melayu dan Pegawai Kerajaan Melayu pula akan menurut perintah orang politik Umno. Jesteru itu Yong Teck Lee lebih rela kalah daripada berterusan hilang maruah menjadi balaci Umno yang tidak ada jati diri. Baca beritanya di sini.


Apakah orang Cina mendapat apa yang mereka mahukan dengan menyokong Pakatan Rakyat dan orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat tidak membuli orang Cina sepertimana di dalam BN. Kita mengharapkan bahawa warna kulit tidak menjadi faktor menentukan keadilan.

Semua bangsa berhak sama rata mendapatkan keadilan sebagai seorang manusia bermaruah. Pertolongan wajib disalurkan kepada mereka yang memerlukan buka kepada mereka yang berkulit sawo matang sahaja. Orang yang lapar kita perlu beri makan, orang yang jahil kita berikan pelajaran, tiada rumah kita berikan perlindungan tak kira apa warna kulitnya...itu baru adil.
Share on :

2 comments:

  1. salam...

    mohon utk link kan blog ana

    http://tiubtube.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tiub Tube,
    Dah link awai lagi dah...tk

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License