Utusan Perlu Bertaubat - Lim Guan Eng

Friday, 16 December 2011

Utusan didapati bersalah dalam kes fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) dan telah diperintahkan membayar kepada LGE RM200,000 serta RM25 kos perbicaraan di mahkamah.

Antara kesalahan fitnah yang telah dilakukan oleh Utusan Malaysia adalah menuduh bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai anti-Melayu dan juga anti-Islam. LGE dituduh merobohkan kedai dan gerai serta Kampung Melayu dan beliau juga difitnah menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Dengan keputusan mahkamah tersebut ternyata semua itu hanyalah fitnah yang tidak berasas semata-mata dan berniat mengkaburi mata rakyat terhadap LGE khususnya dan yang paling utama sekali Utusan mahu orang ramai percaya bahawa DAP mewakili puak yang anti Melayu dan mahu menghancurkan Islam di negara kita.


Dengan menyerang DAP, secara tidak lansung Utusan mahu membuktikan bahawa Pas sebuah parti Islam, telah bekerjasama dengan sebuah parti yang menentang apa yang diperjuangkan oleh Pas. Ini sekali gus mampu menarik orang Melayu atas pagar agar menjauhi Pas yang sedang berusaha menjadi champion kaum Melayu menggantikan Umno.

Umno sebenarnya amat terdesak untuk menarik lebih ramai lagi orang Melayu agar menolak Pas kerana kedudukan Umno atau BN sebagai parti yang memerintah Malaysia amat bergantung kuat kepada undi Melayu. Jesteru itu mereka akan berbuat apa saja untuk menghalang orang Malayu daripada memangkah Pas.

Hampir setiap hari media utama negara kita akan menayangkan berita-berita kononnya orang Melayu di Pulau Pinang sedang nazak dihimpit kekejaman pemerintahan DAP di sana. Habis segala mamak digunakan untuk membesarkan segala isu kecil yang ada agar rakyat percaya DAP tidak mampu memerintah.

Menonton berita samada RTM1 atau TV3 membuatkan kita merasa muak dengan berita-berita seumpama itu seolah-olah tidak ada lagi peristiwa lain yang berlaku di negara kita melainkan kisah-kisah segelintir mereka yang bernasib malang duduk di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Liputan masalah yang berlaku di negari Selangor dan Pulau Pinang akan diperbesarkan seolah-olah negara kita hanya ada 2 negeri sahaja dan negeri-negeri lain lansung tak wujud dan tidak ada perkembangan. Sedangkan lapora audir negara jelas menunjukkan bahawa Pulau Pinang dan juga Selangor merupakan antara negeri yang paling baik pengurusannya selain daripada 2 lagi negeri yang diperintah oleh Kerajaan PR iaitu Kedah dan Kelantan.

Walau apapun saya yakin bukan semua rakyat bodoh dan mudah tertipu dengan dakyah palsu yang cuba dimainkan oleh media. Sebagai manusia yang siuman kita perlu akur bahawa sehebat manapun Kerajaan PR menguruskan negeri mereka, sudah pasti akan ada kecacatannya, mana ada manusia yang lansung tidak melakukan kesilapan.

Apa yang perlu kita lihat adalah prestasi secara leseluruhan pemerintahan dan bukannya menumpukan kepada beberapa masalah kecil yang sengaja dibesar-besarkan. Jika berlaku kesilapan atau masalah kecil, berikanlah peluang untuk dibaiki. yang pentingnya kerajaan PR mengambil inisiatif untuk membetulkan masalah yang berlaku.

Masalah yang paling utama di negara kita seperti yang sering saya tuliskan adalah mengembalikan jentera kerajaan menjadi agen pelaksana yang cekap dan tidak berat sebelah tidak kita parti mana yang memerintah. Dengan wujudnya keadaan itu maka rakyatlah yang mendapat faedah paling besar.

Jika kita pandang dari sudut itu Pakatan Rakyatlah yang paling komited untuk merealisasikannya dengan berbagai usaha mereka lakukan untuk mengembalikan kuasa penentu kepada rakyat. Sebagai contoh perlantikan ahli majlis yang cuba dibuat melalui pilihan raya yang cuba dicadangkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang. Namun kita boleh lihat siapa yang cuba menghalangnya.

Satu perkara yang mengembirakan saya dalam kes ini adalah keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Utusan menunjukkan institusi kehakiman sedang menuju kepada landasan yang betul. Jika institusi kehakiman dapat berfungsi dengan baik, maka semua pihak akan yakin bahawa kita boleh mengharapkan mahkamah sebagai jalan peneyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak.

LGE dalam membuat komennya terhadap keputusan mahkamah tersebut menasihatkan agar Utusan segera bertaubat dan tidak mengulangi lagi perangai buruk mereka. Jadilah agen pemberi maklumat yang telus. Kalau mahu menjadi lidah BN pun jadilah agen pemberi maklumat yang benar tanpa perlu menokok tambah laporan dan memutarbelitkan isu sehingga menimbulkan fitnah.

Utusan masih lagi boleh menjadi agen berita kepada BN dengan hanya melaporkan kehebatan BN dan menyorokkan segala keburukannnya dan melaporkan segala kelemahan PR tanpa membuat liputan kehebatan mereka. Itu sebenarnya sudah cukup berkesan untuk mempengaruhi rakyat tanpa perlu menaburkan fitnah.

Begitulah juga media pro PR perlu melakukan perkara yang sama tanpa perlu menaburkan fitnah. Jika semua media berbuat begitu maka lebih mudah rakyat membuat keputusan yang tepat ketika memilih kerajaan. Untuk melihat kehebatan PR mereka hanya perlu membaca laporan dari media Pro PR dan untuk melihat kehebatan BN mereka cuma perlu membaca laporan dari media Pro BN. Bukankah seronok begitu?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License