Wacana Sinar siri 9 yang dianjurkan menarik ramai peminat politik sehingga mencecah 700 orang memenuhi dewan Karangkraft di Shah Alam. Seramai 4 orang ahli panel yang hebat-hebat yang mewakili parti Umno, DAP, KITA, PKR dan juga ahli akademik dengan pensyarah UIA Dr Mazlee Malik menjadi moderatornya.
Apa kata Lim Guan Eng yang mewakili DAP:
- Penentu PRU-13 adalah 'pengundi hantu'
- Jika sistem pilihanraya masih tidak telus, bersih dan adil
- Pengundi Sabah & Sarawak adalah kunci sebenar jika mahu menumbangkan BN.
- PR boleh pegang kerajaan memerintah jika berjaya memenangi 1/3 daripada kerusi di Sabah & Sarawak.
- Golongan belia juga amat penting jika mahu menang PRU-13 nanti dan semua sanggup buat apa saja untuk menarik golongan ini.
- PRU-13 adalah penentu kepada golongan belia samada mahu sebuah negara yang telus, bebas dan adil atau tidak pada masa depan.
- Hentikan segala sekatan terhadap media kerana rakyat sudah matang untuk memilih mana satu pilihan terbaik bagi mereka.
- Hentikan sekatan kebebasan terhadap belia seperti AUKU agar belia dapat meluahkan pandangan politik mereka
No comments:
Post a Comment