Tanya siapa saja orang muda muslim di negara kita samada mereka kenal atau tidak Maher Zain, sudah tentu jawapannya lebih kepada 'ya'. Maher Zain merupakan satu contoh muslim yang mengambil faedah daripada kebangkitan arab yang sedang melanda dunia Islam di mana majoriti umat Islam muda sekarang tidak mahu membuat pilihan samada memilih Islam atau kemodenan. Mereka mahukan kedua-duanya. Berikut beberapa fakta mengenai Maher Zain:
- Dia merupakan warga Sweden kelahiran Lubnan serta mempunyai darah Marocco.
- Mula merakamkan album di Amerika bersama penerbit-penerbit yang hebat dan terkenal tetapi merasakan kehilangan sesuatu dalam dunia seninya. Tema barat terlalu banyak disogokkan dengan 'cinta' dan 'hati yang terluka'.
- Mula beralih arah dengan memilih teman dari kalangan muslim di Sweden dan akhirnya mula berjinak pergi ke Masjid. Sejak itu dia mula mengamalkan Islam dengan lebih serius.
- Bermula dari situ dia mula menghadapi dilema antara mengamalkan Islam atau meneruskan kegiatan seninya dan akhirnya mengambil pendekatan meneruskan seni yang berunsurkan mesej Islam.
- Merakamkan genre music barunya pada tahun 2009 dengan menerbitkan album bertajuk 'Thank You Allah'.
- Rekod tersebut ternyata tidak mengecewakannya apabila menjadi antara rekod jualan paling laris di Amazon.com dalam world music.
- Jualan album Maher Zain di negara kita mencapai rekod paling hebat dekat ini.
- Di negara jiran Indonesia Maher Zain terlalu terkenal sehingga meninggalkan Justin Beiber terkapai-kapai.
- Menghadapi dilema apabila segolongan Muslim mengecamnya kerana menggunakan musik keterlaluan dalam mesej Islamnya tetapi mengambil pendirian pendapat mereka yang membenarkannya asalkan ianya positif dan bersih dari perkara yang merosakkan. Lagipun perkara musik merupakan percanggahan daripada 2 pendapat.
- Album videonya bertajuk Insya'Allah dan The Chosen One mencecah tontonan melebihi 25 juta kali.
- Menaruh harapan agar kejayaannya menjadi contoh kepada artis lain untuk menjadikan seni dalam memperjuangkan Islam ke seluruh dunia dan mampu meredakan masalah Islamofobia yang melanda barat.
Ini satu lagi contoh untuk para artis kita yang mendapat hidayah agar tidak terus meninggalkan kelebihan mereka dalam dunia seni sebaliknya gunakan ia dengan lebih bermakna untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam. Gunakan seni sebagai wadah bagi meniupkan semangat Islam dan mempertinggikan semangat juang umat Islam. Jangan terjongket-jongket terjerit-jerit sampai membuatkan orang lalai dan hilang akal sudahlah. Sumber
No comments:
Post a Comment