Majoriti kaum wanita melayu meluat pada Anwar!!! |
Laporan bancian yang dikeluarkan oleh PKR menunjukkan bahawa kaum wanita menjauhkan diri daripada Pakatan Rakyat di sebabkan oleh imej Anwar Ibrahim yang dipandang negatif oleh kaum wanita. Seramai 69% kaum wanita Melayu menolak Anwar Ibrahim manakala hanya 24% menyokongnya.
Secara puratanya bancian menunjukkan bahawa sebanyak 56% kaum wanita akan mengundi Barisan nasional dan hanya 43% sahaja daripada mereka yang akan mengundi Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat digemari oleh pengundi muda yang berumur di bawah 40 tahun di mana seramai 54% daripada mereka mahu mengundi PR. Bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya seramai 43% sahaja yang memilih Pakatan Rakyat.
Bancian menunjukkan mereka yang berpelajaran tinggi lebih condong mengundi Pakatan Rakyat begitu juga mereka yang berpendapatan tinggi melebihi RM5,000 sebulan akan mengundi PR. Ringkasnya mereka yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran tinggi lebih condong kepada Barisan Nasional.
Nampaknya perangkap Barisan Nasinal yang menggunakan taktik-taktik kotor melalui media massa bagi memburuk-burukkan parti pembangkang memang mengena pada sasaran mereka. Mereka telah berjaya mempengaruhi rakyat yang tua, tidak berpelajaran tinggi dan juga tidak mempunyai kerja yang baik dan berpendapatan rendah.
Bagaimanapun semua taktik tersebut tidak dapat mempengaruhi mereka yang muda, berpelajaran tinggi dan berpendapatan tinggi.
Bagi kaum wanita, biasalah akan mudah terpengaruh dengan apa yang dihidangkan oleh media massa kerana mereka lebih kuat jiwa dan perasaan mereka dan daya emosi kaum wanita biasanya hebat mengatasi daya rasional, maka tidak hairanlah akan mudah terpengaruh untuk menolak pakatan rakyat.
Amat menarik untuk kita perhatikan bagaimana Barisan Nasional selama ini bertungkus lumus membina kemudahan pendidikan kepada rakyat dan meningkatkan tahap pelajaran penduduk Malaysia dan juga menaikkan tahap pendapatan penduduk diakhiri dengan golongan yang dihasil itu sendiri menolak mereka.
Tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan usaha pembangunan mereka itu. Barangkali segala usaha pembangunan, pendidikan dan lain-lain yang dilaksanakan selama ini tidak ikhlas dan ada kepentingan peribadi yang terselindung, maka tidak hairanlah jika hasilnya memakan diri. Sumber
No comments:
Post a Comment