Bagaimana Keadaan Rumah Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor Sekarang

Sunday, 13 November 2011

Ada kolam renang di rumah MB
Mungkin ramai yang tak pernah masuk ke dalam melihat bagaimana rupa rumah kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang terletak di atas bukit seksyen 7 Shah Alam. Kawasan tersebut merupakan penempatan mewah masyarakat kaya-raya di Shah Alam di mana terdapat banyak rumah banglo tersergam indah.

Ketikan Khir Toyo menerajui pemerintahan negeri Selangor dulu saya berpeluang menjenguk rumah kediaman rasmi tersebut atas urusan kerja. Masa itu rumah itu meriah dipenuhi penghuni termasuklah ramai kakitangan pembantu rumah dan juga tukang kebun.

Terdapat juga banyak kereta-kereta mewah terdiri daripada beberapa buah Harrier dan juga Proton Perdana dan yang paling menangkap mata saya sebuah kereta Mini Cooper baru yang kelihatan jarang digunakan kepunyaan Menteri Besar yang garang itu.


Baru-baru ini saya berkesempatan sekali lagi meninjau rumah tersebut atas urusan kerja dan suasananya kali ini amat suram tidak berpenghuni. Masih terdapat pekerja yang menguruskan kerja selenggara rumah itu terutamanya untuk kerja-kerja landskap seperti potong rumput dan lain-lain.

Cuma bezanya mereka agak santai dan bekerja mengikut irama mereka sendiri yang mana kalau Khir Toyo masih berada di situ sudah tentu mereka akan kepanasan buat kerja dengan penuh disiplin. Hari itu kelihatan 2 orang pekerjanya sedang santai memtik buah rambutan yang ada di kawasan rumah tersebut dan beberapa kakitangan lain sedang memotong rumput dan mencantas dahan pokok renek yang ada di sekeliling rumah.

Suasana dalam rumah pula tidak berpenghuni dan tidak ada perabut lengkap memenuhi rumah. Menteri Besar sekarang tidak mendiami rumah rasmi untuknya tetapi sebaliknya tinggal di rumahnya sendiri. Rumah yang amat besar dilengkapi rumah untuk para pekerja tersebut sekarang kosong sunyi seperti rumah hantu. Kelihatannya sebagai satu pembaziran kediaman yang tidak digunakan sepenuhnya.

Apakah keadaan seperti itu boleh kita namakan sebagai satu pembaziran sumber perlu kita bahaskan mengikut pendapat masing-masing. Bagi saya ia merupakan satu pembaziran apabila kemudahan yang ada tidak digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan umum.

Di rumah itu terdapat satu dewan yang sebelum ini menjadi surau tempat solat berjemaah semasa zaman Khir Toyo dan ianya masih kekal lagi tetapi tidak digunakan. Ia juga berfungsi sebagai dewan bagi aktiviti keramaian yang dianjurkan oleh menteri besar.

Bagi mereka yang tidak pernah melihat bagaimana rumah kediaman rasmi MB Selangor, anda boleh melihatnya di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License