Kenapa Kita Tak Bersenam - Mari Kita Salahkan Orang Lain !

Tuesday, 15 November 2011

Datuk Rosnah, (sedang tepuk tangan kanan sekali)
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendedahkan semalam bahawa negara kita menduduki tempat pertama di kawasan Asia Tenggara dalam masalah 'obesity' atau dalam bahasa melayunya kegemukan.

Masalah kegemukan melanda penduduk negara kita termasuklah kepada Timbalan Menteri Kesihatan yang mendedahkan fakta tersebut di atas. Antara kesan daripada masalah kegemukan adalah meningkatnya penyakit kencing manis di mana seramai 3 juta rakyat kita menghidapai penyakit itu. 


Bayangkan seramai 11% daripada penduduk negara kita menghadapi masalah penyakit kencing manis dan di katakan seramai 2 juta daripada para pesakit tersebut tidak mendapatkan apa-apa rawatan bagi mengawal penyakit mereka.

Antara punca semua tersebut di atas adalah jumlah penggunaan gula yang tinggi oleh penduduk negara kita iaitu lebih daripada 51 gram sehari. Ini merupakan aras yang amat tinggi berbanding jumlah yang disyorkan oleh WHO. Jumlah sepatutnya adalah tidak lebih daripada 10% daripada jumlah kalori yang kita perlukan sehari. Baca laporannya di sini

Di radio Bernama tadi saa mendengar perbincangan tentang salah satu sebab kegemukan adalah berpunca daripada sikap rakyat kita yang tidak menjadikan amalan bersenam sebagai satu cara hidup. Ramai yang menelefon memberikan alasan sebab apa mereka tidak bersenam. Mari kita salahkan orang lain kenapa kita tidak bersenam:

  1. Bagi mereka yang makan gaji kebanyakannya menyalahkan majikan yang menekan para pekerja dengan kerja bertimbun menyebabkan mereka tak ada masa bersenam.
  2. Bagi yang tinggal berjauhan dari tempat kerja menyalahkan sistem logistik negara kita yang tidak cekap menyebabkan mereka sering terkandas di atas jalanraya dan sampai lewat ke rumah. Jadi tak sempat bersenam.
  3. Bagi yang ada kemudahan komputer serta internet di rumah menyalahkan Facebook kerana banyak mencuri masa mereka seharian dan terlepas masa untuk bersenam.
  4. Bagi yang tinggal dipusat bandar atau taman-taman menyalahkan kemudahan persekitaran mereka kerana tidak ada rempat yang menarik untuk bersenam.
  5. Bagi yang telah berkahwin pula menyalahkan para isteri kerana sentiasa cemburu jika melihat suami mereka slim dan tidak boroi takut di kebas oleh wanita lain. Jadi para isteri akan sabotaj suami daripada bersenam. Biar boroi suami mereka, agar tidak menarik perhatian.
  6. Bagi para ustaz pula menyalahkan kaum wanita moden atau wanita bukan Islam yang sering bersenam di taman-taman dengan berpakaian seksi dan mengiurkan. Ini membuatkan mereka tak selesa bersenam bersama di taman, jadi lebih baik jangan bersenam daripada meleleh air liur ketika berjogging keliling taman.
  7. Bagi yang tetap pendirian dan tidak suka menyalahkan orang lain pula mengaku terus terang bahawa mereka sebenarnya mals nak bersenam kerana lansung tidak menyeronokkan.
  8. Bagi para pembangkang yang tegar yang asyik menyalahkan kerajaan dalam semua hal seperti blogger Ibnuhasyim pula sudah tentu akan menyalahkan Umno kerana menyebabkan rakyat gemuk dan tidak bersenam. Hahaha.
Sebenarnya kita terlalu melimitkan waktu untuk kita bersenam. Kebanyakan kita akan menghadkan waktu bersenam hanya pada waktu petang antara lepas asar sehingga magrib. Jika terlepas tempoh waktu tersebut maka habislah masa untuk bersenam.

Sedangkan kita boleh bersenam pada waktu pagi selepas subuh, waktu malam selepas insya atau waktu selepas magrib. Kita juga boleh bersenam sebentar selepas zohor atau sebelumnya dengan keluar dari pejabat dan berjalan kaki keliling bangunan atau window shopping. Yang pentingnya kita bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License