Negara-negara paling selamat tiada Hudud ?

Wednesday, 5 October 2011

Baca artikel di bawah daripada blog ini Penulis memberikan pandangannya berdasarkan laporan daripada Global Peace Index yang menyediakan rangking negara-negara yang paling aman di dunia.

Rangking mengambil kira tahap keganasan, jenayah, pelanggaran undang-undang, kes-kes penderaan, diskriminasi kaum atau jender dan lain-lain seumpamanya. Penulis juga cuba meyakinkan pembaca bahawa hudud bukanlah menjamin wujudnya keadaan aman pada sesebuah negara apabila dia berkata ada negara yang melaksanakan Hudud berada di tempat yang tercorot di dalam senarai. Baca dan cuba fikir-fikirkan natijahnya.


Global Peace Index (GPI) telah menyiapkan laporan tahunan terbaru yang membandingkan tahap keamanan dan keselamatan negara-negara di dunia.
Warna hijau menunjukkan negara-negara paling aman dan warna merah yang paling kurang selamat serta kacau-bilau.

PALING AMAN PALING TIDAK AMAN
Di bawah ialah senarai negara-negara yang menduduki 10 tempat teratas dalam GPI 2011. Kesemuanya negara barat kecuali Jepun.
GPI dibentuk berdasarkan pencarian mengikut beberapa petunjuk, yakni (ketiadaan) keganasan, peperangan dan konflik dalaman, kadar jenayah, polis dan sekuriti, dsb.
Di bawah pula ialah kedudukan 20 negara Islam anggota OIC. Laporan GPI merangkumi 153 negara.
  • 108 – Turkmenistan
  • 109 – Uzbekistan
  • 114 – Kyrgyzstan
  • 116 – Syrian Arab Republic
  • 119 – Niger
  • 119 – Islamic Republic of Iran
  • 122 – Azerbaijan
  • 123 – Bahrain
  • 127 – Turkey
  • 129 – Algeria
  • 130 – Mauritania
  • 137 – Lebanon
  • 138 – Yemen
  • 141 – Chad
  • 143 – Libyan Arab Jamahiriya
  • 146 – Pakistan
  • 150 – Afghanistan
  • 151 – Sudan
  • 152 – Iraq
  • 153 – Somalia
Negara yang mengamalkan hudud ada juga di tempat tercorot.
Tidak hujan batu
Adakah kita di sini berasa selamat?
Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah setakat mana berleluasanya kejadian pembunuhan, kecurian, rompakan, penculikan, rogol, deraan/gangguan seksual, seksa anak, kekerasan dalam rumah tangga, pengedaran dadah, kemalangan jalanraya dan menyalahi undang-undang trafik serta sikap umum terhadap gejala keganasan.
Malaysia menduduki tempat ke-19 dalam GPI. Syabas. Rasa-rasanya wajar juga kita masuk bakul angkat sendiri, bukankah begitu?
Khalifah Celup seorang itu yang memburuk-burukkan negeri Johor dan gerombolan penyokong-penyokong tegarnya ialah jenis yang tidak tahu bersyukur.
Malaysia yang menghinggap pada tangga ke-19 GPI juga tidak seharusnya terikut-ikut negara yang mengamalkan hudud tetapi melarat.
Sebaliknya untuk menambah kesejahteraan hidup, kita harus melihat kepada ciri-ciri pembangunan Human Development Index (HDI).
Masyarakat maju
Negara-negara yang paling menyerlah dalam HDI tidak mengamalkan hudud.
Rakyat negara bagus HDI adalah mereka yang terpelajar, berpendapatan tinggi dan prihatin kepada persekitaran. Masyarakat yang beretika jarang-jarang menampakkan orang mencuri atau menipu.
Kesemua negara dalam Top 10 HDI adalah negara barat disusuli Jepun dan Korea pada tangga ke-11 dan 12.
Contoh pelaksanaan hudud
Di negara yang mengamalkan hudud, misalnya Republik Islam Afghanistan, terdapat laporan insiden di mana si tertuduh tidak diberikan apa-apa pertolongan kecemasan atau bantuan perubatan setelah tangan mereka dipotong. Tiga orang budak kampung yang berasal dari pedalaman hampir maut kerana pendarahan teruk selepas hukuman dijalankan.
Baca The International Herald Tribune: ‘The men whose hands were chopped off’ (May 24, 2010)
Tangan dan kaki yang dipotong tidak akan tumbuh balik.
Manakala di Republik Islam Iran, hukuman rejam dijatuhkan ke atas seorang remaja Azhar Bakri kerana dituduh berzina oleh suami yang dikahwininya pada usia 14 tahun. Seramai 11 orang lagi sedang menunggu hukuman rejam sampai mati dijalankan.
Baca Wall Street Journal: ‘Iran’s Medieval Justice System’ (July 16, 2010)
Kaum wanita tidak berstatus atau terlindung
Pemantauan yang dijalankan oleh badan-badan hak asasi antarabangsa mendapati bahawa kaum wanita akan lagi tertindas apabila ada hudud.
Human Rights Watch (HRW):
“In effect, the hudud laws have given legal sanction to biased social attitudes towards women, thus not only legitimating the oppression of women in the eyes of the state but also intensifying it: women who seek to deviate from prescribed social norms now may not only be subject to societal censure, but also to criminal penalties.” — (‘Double Jeopardy’, laporan kajian di Pakistan)
Amnesty International, sebuah lagi badan hak asasi menyatakan hukuman-hukuman hudud “are not in accordance with international legal standards for fair trial and pre-trial safeguards, as well as being blatantly discriminatory of women and girls”.
Contohnya, bagaimanakah kes qazaf Anwar Ibrahim terhadap Datuk T akan diadili dengan tanpa empat saksi lelaki Muslim tetapi jika dikemukakan bukti CCTV?
Seorang anak kehilangan ibu
Di Arab Saudi pula, seorang pembantu rumah pekerja Indonesia telah dipancung kepala dan mayatnya digantung dari helikopter untuk tontonan orangramai.
Ruyati binti Satubi yang didapati bersalah (menikam orang) sebenarnya telah didera dengan dashyat  oleh majikannya sebelum itu tetapi sistem penghakiman Saudi amat memihak kepada warga Arab. Pernah ada kes bunuh di mana keterangan saksi bukan-Muslim tidak diterima mahkamah.
Carrot or stick?
Soalnya kita mahu pakai kaedah yang mana satu — memujuk atau menghukum dengan kejam untuk memberi pengajaran?
Sekirannya sesebuah negara itu berjaya membekalkan penginapan dan kehidupan selesa serta memenuhi keperluan batin (kemuafakatan sosial dan ketenteraman fikiran), tidak payahlah rakyat ditakut-takutkan dengan larangan keras.



.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License