Chin Peng Tak Sakit Pun - Peguam

Monday, 3 October 2011

Akhbar dan media-media utama lain melaporkan secara besar-besaran yang kononnya bekas setiausaha agong Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang terbuang bangsat di Thailand sedang koma dan nazak di sana. Berita juga melaporkan yang doktor yang merawatnya meminta semua ahli keluarganya segera menziarahi orang tua yang dianggap sebagai pengganas itu.

Kenapa agaknya media melaporkan berita palsu sebegitu tanpa ada usul periksa. Di mana kredebiliti media dalam melaporkan keadaan seseorang. Adakah kerana mahu menghidupkan isu komunis menjadi tajuk utama negara maka sanggup mereka melaporkan satu berita palsu.


Semua itu hanyalah kerja propaganda media yang mahu membangkitkan semula rasa marah rakyat terutamanya kepada para polis serta askar pencen yang mana secara tidak lansung menaikkan semula marah mereka terhadap Mat Sabu.

Dengan menyerang Mat Sabu bermakna Pas juga akan turut terserang. Semua itu adalah satu cubaan mengaitkan perjuangan Pas dengan perjuangan komunis. Semuanya bermula daripada kenyataan Mat Sabu yang diputar belitkan tampa mengambil kira konteks ayat atau ceramah yang ingin di sebutkan oleh Mat Sabu.

Hanya satu yang dapat kita faham daripada semua kejadian ini. Pihak media yang berpropaganda kepada rakyat Malaysia masih menganggap tahap akal rakyat ini rata-rata masih berada di bawah paras kecerdikan. Hanya orang yang rendah tahap IQ nya sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan yang amat ketara antara fahaman Islam dan fahaman Komunis.

Laporan asal di sini 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License