Kementerian dalam negeri melaporkan terdapat seramai 1.3 juta pendatang asing haram yang telah didaftarkan akan diserap masuk ke dalam 5 industri yang memerlukan tenaga kerja. Kesemua 5 industri tersebut kekurangan pekerja kerana orang tempatan tidak berminat untuk bekerja di dalam industri tersebut.
Industri yang disenaraikan termasuklah:
- Industri pembuatan dan pengeluaran
- Industri perladangan
- Industri pertanian
- Industri pembinaan
- Industri perkhidmatan
Orang kita sudah tidak mahu mengotorkan tangan mereka untuk mencari makan di dalam industri yang disebutkan di atas. Terutamanya dalam industri perladangan, pertanian, pembinaan dan juga perkhidmatan.
Kita lihat dalam hampir semua kerja kerja pembinaan orang asing telah menjuarainya dan akhirnya ramai daripada kontraktor yang mengambil kerja-kerja kecil seperti memperbaiki dan membina rumah dikuasai oleh orang asing. Ramai tauke dari Indonesia dan juga Bangladesh menjadi kontraktor kecil-kecilan.
Dalam industri perkhidmatan seperti cuci longkang, potong rumput, dan lain-lain penyelenggaraan, kebanyakan orang Bangladesh tidak mahu makan gaji sekarang ini. Mereka lebih suka mengambil sub kerja yang ditawarkan dan segala urusan akan mereka selesaikan.
Begitu juga dalam industri perladangan dan lain-lain yang biasanya kerja remeh temeh yang tidak digemari oleh orang tempatan, semuanya disapu bersih oleh mereka dengan konsep sub dan bukan makan gaji. Mereka semua akan menjadi usahawan berjaya suatu masa nanti dan silap-silap hari bulan orang Melayu pula yang akan bekerja dengan mereka.
Saya pernah menulis tentang bagaimana seorang Bangla yang mengusahakan perniagaan kereta potong yang hidup senang dan menjadi kaya raya di negara kita. Walaupun secara formalnya dia hanyalah pekerja namun sebenarnya dialah taukeh yang membayar sejumlah wang pada orang Melayu yang berlakon menjadi tuan punya perniagaan.
Lihat juga para pendatang dari Pakistan yang dulu hanya berjalan kaki sambil membawa beberapa keping karpet untuk dijual kepada orang ramai. Kini mereka semua telah menguasai perniagaan perabot hampir di seluruh negara.
Di mana-mana saja pekan kecil atau besar akan ada kedai perabot yang dimiliki oleh orang Pakistan dan orang kita seperti dulu juga hanya menjadi pembeli parabot dan menukarnya setiap tahun. Ada juga yang terjebak dengan aktiviti tidak bermoral dengan menjual badan apabila tak mampu bayar hutang, berkemungkinan mereka sengaja buat-buat tak boleh bayar memandangkan orang Pakistan tu kacak-kacak dan tegap-tegap pula.
Lama kelamaan, orang Indon akan jadi Tauke kontrak, orang Bangla akan jadi Tauke Khidmat selenggaraan, orang Pakistan akan jadi Taukeh Kedai Perabot, dan orang Melayu akan menjadi kerani untuk syarikat-syarikat mereka.
Untuk demontrasi jalanan juga sekarang kita boleh mengambil upah orang Bangladesh dan juga Indonesia untuk mewakili badan-badan yang mahu menganjurkan demo.
No comments:
Post a Comment