Antara persepsi yang ditanam kepada umat Islam di sesetengah tempat di Asia, perubatan moden barat mengandungi bahan-bahan haram yang tidak suci yang diperbuat daripada kandungan babi.
Ada juga yang beranggapan barat sengaja memberikan ubat yang berupa racun untuk menghapuskan umat Islam. Itu adalah salah satu dari cara para pengamal perubatan alternatif meyakinkan orang ramai untuk menggunakan khidmat mereka.

Antara sebab lain kenapa orang ramai beralih kepada perubatan Islam dengan menggunakan bahan-bahan herba sebagai ubat adalah kerana kos pembiayaannya yang jauh lebih rendah daripada kos perubatan moden barat.
Ada juga kes-kes di mana perubatan moden tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pesakit, malah jenis penyakit yang dialami juga tidak dapat dikenal pasti dan biasanya doktor menyatakan mereka sihat sedangkan pesakit merasakan dia tidak sihat. Kes-kes seperti ini biasanya selesai apabila pesakit beralih kepada perubatan Islam.
Ada juga kes-kes di mana pesakit barah yang telah disahkan positif enggan mendapatkan rawatan perubatan moden dan beralih kepada perubatan tradisional kerana lebih yakin ia lebih berkesan. Mereka akhirnya meninggal sebelum pulih.
Sebenarnya perubatan moden adalah ilmu perubatan yang bersumberkan daripada para ilmuan Islam juga. Para ilmuan Islam ketika zaman kegemilangannya mengkaji ilmu-ilmu perubatan daripada India, Mesir, Yunani dan lain-lain.
Ilmu-ilmu tersebut kemudiannya dikembangkan dan dimajukan pada zaman tersebut. Lanjutan dari ilmu itulah berkembangnya segala perubatan moden yang ada sekarang setelah pihak barat mengambilnya di kala umat Islam semakin merosot kualitinya.

Apapun persepsi kita, yang pentingnya itu semua adalah usaha kita untuk merawat sakit yang telah didatangkan Allah kepada kita sebagai ujian. Kita perlu ingat bahawa Allah lah juga yang menghilangkan sakit kita tersebut. Selain berusaha yakinlah dengan ketentuan Tuhan dan sentiasalah memohon pertolongannya.
Koleksi gambar perubatan Islam di sini.
Koleksi gambar perubatan Islam di sini.
Islamic healing is on the rise in Southeast Asia - Yahoo!:
No comments:
Post a Comment