Gambar pengebom yang mati. Hanya dirinya mati dan 27 lagi cedera. Lagi gambar di sini |
Ahad baru-baru ini sebuah gereja di Solo, Indonesia dikejutkan dengan seorang pengunjung yang meletupkan dirinya ketika orang ramai sedang keluar dari gereja yang mereka kunjungi pada hari ahad itu. Pengebom berani mati itu dikenali sebagai Ahmad Yosepa Hayat, 31 tahun.
Hayat termasuk dalam senarai mereka yang sedang diburu oleh polis Indonesia yang terlibat dalam beberapa kes letupan bom sebelum ini. Hayat menyertai kumpulan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT) pada thun 2010 dan merupakan seorang yang mempunyai ilmu membuat bom.
JAT merupakan jemaah yang ditubuhkan oleh Abu Bakar Bashir yang didapati bersalah baru-baru ini dan dihukum penjara 15 tahun kerana dituduh membiayaai gerakan pengganas membunuh dan menyerang warga Barat dan ahli politik. Solo merupakan tempat kelahiran Abu Bakar Bashir.
Hayat di katakan melayari internet di sebuah kafecyber di kawasan berhampiran sebelum masuk menyertai orang ramai di dalam gereja. Seorang saksi megatakan dia melihat Hayat di dalam cybercafe melayari portal maklumat Al-Qaeda dan lain-lain sebelum bangun keluar menuju ke gereja.
Hayat mengikat bom di sekeliling perutnya dan meletupkan dirinya dekat pintu keluar ketika orang ramai berpusu-pusu keluar gereja. Seorang mati, iaitu dirinya sendiri dan 27 lagi cedera.
Kalau dalam peperangan kita dilarang membunuh kanak-kanak, orang tidak berupaya dan juga orang yang sedang berada di dalam rumah ibadat. Bertambahlah lagi jika kita bukan dalam keadaan tidak berperang. Tindakan Hayat menimbulkan persoalan atas motif apa dia berkelaku demikian. Maklumat mengatakan bahawa dia mahu mati syahid. Fatwa please !
Lihat himpunan gambar di sini.
No comments:
Post a Comment