Cikgu-Cikgu Wanita Ini Dituduh Rogol Pelajar Lelaki !

Monday, 26 September 2011

Debra Lafave - Bersalah kerana seks dengan
palajarnya yang berumur 14 tahun. Dia yang
baru berkahwin terjebak dengan hubungan
intim bersama pelajar amat menghairankan
orang ramai
Banyak kes guru wanita yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mengadakan hubungan seks bersama dengan pelajar mereka yang di bawah umur. Mereka menjalinkan perhubungan terlarang tersebut sehingga tertangkap dan didapati bersalah.

Dalam semua kes, hanya guru wanita yang akan dijatuhkan hukuman dan pelajar lelaki akan terlepas begitu saja malah akan dianggap sebagai mangsa rogol kepada para guru wanita tersebut.

Sistem menentukan tahap kematangan melaui umur amat tidak sesuai dalam hal hubungan seks ini. Dalam agama Islam mereka yang berakal dan sudah akil baligh adalah dipertanggung jawabkan ke atas segala dosa kesalahan mereka.


Tahap umur untuk menjadi baligh adalah berbeza-beza tapi itu bukanlah persoalannya. Yang pentingnya kita perlu menerima hakikat bahawa ada lelaki yang sudah aktif dari segi keinginan seksnya sejak berumur 14 tahun, walaupun manusia moden mengatakan mereka itu kanak-kanak yang perlu di lindungi.

Ya memang mereka perlu dilindungi, tetapi dengan cara tidak merangsang mereka ke arah seks haram melalui pergaulan bebas dan berhati-hati dalam perhubungan lelaki perempuan. Jangan berduaan bersunyian kerana akan ada pihak yang ke tiga.


Peliknya, ada ramai yang mahu mengikut dan mengagungkan undang-undang barat atau Amerika dan kita mahu mengambil takrif kehidupan mengikut selera mereka. Lihat himpunan gambar cikgu-cikgu wanita serta kes-kes mereka di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License