Wikileaks mendedahkan pada tahun 1990 seramai 600,000 kerakyatan diberikan kepada para pendatang di Sabah yang terdiri daripada warga Filipina dan juga Indonesia. Jumlah ini ditambah lagi pada tahun 1999 yang dinamakan 'Projek Mahathir'.
Menurut laporan siasatan Suhakam yang membuat kajian terhadap projek Mahathir ini, semenjak daripada 1970 sehingga tahun 2000, jumlah kerakyatan di Sabah telah meningkat sehingga 362% !. Ini menjadikan negeri itu dipenuhi oleh para pendatang yang menjadi warganegara segera dan berupaya menentukan siapa yang bakal menjadi pemerintah. Itu belum kira lagi seramai 750,000 pendatang yang berkeliaran dan masih berstatus pendatang haram. Selepas ini mereka pula akan diserap sebagai warga negara asalkan mereka sudi memangkah BN.
Segala aktiviti tipu untuk menang pilihanraya agar Sabah sentiasa dikuasai oleh BN tersebut telah mengakibatkan Sabah menghadapi masalah sosial yang teruk di mana 3/4 daripada kes jenayah ganas disumbangkan oleh warga Filipina dan juga Indonesia.
Itu semua memang berlaku di Sabah dan ia bukan lagi satu rahsia, malah orang luar juga tahu tentang aktiviti tidak berfikir panjang seperti itu berlaku semata-mata atas nama nak menang pilihan raya dan terus berkuasa untuk merompak wang rakyat. Barangkali mereka tahu bahawa setelah segalanya dirompak mereka boleh cabut tinggal ditempat lain dan biarkan segala kemusnahan ditanggung oleh rakyat.yang terpaksa berhadapan dengan pendatang yang sudah menjadi warga negara dan sudah mula menuntut hak mereka.
Apa jaminannya perkara yang sama tak akan berlaku di Semenanjung ini. Berita di Indonesia melaporkan bahawa projek pemutihan yang di lancarkan oleh kementerian dalam negeri baru-baru ini merupakan projek menawarkan kerakyatan kekal kepada para pendatang asing dan pertukarannya adalah pastikan mereka memangkah BN. Ada juga laporan bahawa bagi mereka yang mahu mendapatkan status biru perlu membayar diantara RM3,000 ke RM10,000.
Walau apapun Jabatan Pendaftara Negara telah membuat penafian demi penafian behawa itu semua berlaku. Adakah mungkin para bos-bos tak tahu dan pegawai-pegawai bawahan lah yang ligat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut untuk bersuka-suka riang gembira...?
Nampaknya sejarah pengkhianatan membuka laluan kepada musuh dan penjajah di zaman Melaka sehingga jatuhnya kerajaan negeri Melaka sedang berulanag. Dulu kita buka pintu kota, sekarang kita cuma perlu buka password.
untandelihat dari sudut positif. kalau org cina dn india dr jauh dpt kerakyatan kenapa tidak rakyat sulu. mrk adalah sebahagian dr umat melayu islam yg sdh lama menderita akibat. mrk senasib dgn umat melayu patani, singgora dn juga champa. menjadi kewajipan kita utk membantu. kalau nk lihat dr sudut politik biarlah dr skop yg lebih luas bukan dr sudut politik pembangkang semata2. agama bangsa dn negara jauh lebih penting dr itu semua. kalau tidak dgn cara ini, apa lgi cara yg dapat kita bantu. cara ini memungkinkan mereka dn generasi seterusnya mendpt kehidupan dn pdidikan yg lebih dn memimpin bangsa utk bebas dr pjajahan yg lama.
ReplyDeleteselami dn hayatilh penderitaan mrk.
butuk,
ReplyDeleteDari perspektif meramaikan orang Islam dengan memberikan kerakyatan pada semua pendatang asing yang beragama Islam memang baik.
Tapi eloklah diikut prosedurnya terlebih dahulu dengan memeberikan status PR berkad pengenalan merah selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
Anak-anak mereka yang lahir di sini akan mendapat kad biru dan mereka mempunyai jiwa Malaysia yang tidak terikat pada negara asal mereka melainkan hubungan kekeluargaan.
Membantu perlu berhemah. Jangan sampai kita memporak perandakan rakyat kita sendiri yang memang taat setia dan bergantung harap pada negaranya.
Jangan kera dihutan disusukan anak di rumah mati tak makan.