Walaupun masih tidak mengakui demo aman dengan turun ke jalanraya sebagai salah satu cara rakyat menunjukkan rasa tidak puas hati mereka tapi secara tidak sedar sebenarnya ia membawa kesan yang besar terhadap kerajaan dalam menentukan hala tuju pembaikan sistem pilihan raya di negara kita.
Kalaulah tidak dengan tekanan demi tekanan sehingga membawa kepada turunnya lebih dari 30,000 rakyat ke jalan raya menuntut pembaharuan, sudah tentu tidak akan berlaku apa-apa perubahan dalam sisitem pilihanraya kita. Kerajaan dah mula mengakui bahawa rakyat bukan lagi lembu yang diikat hidungnya yang boleh diseret ke sana ke mari tanpa melawan.
Najib membuat kenyataan demi melihat negara berkembang seirng dengan perubahan semasa kita perlu menyediakan landasan yang baik agar sesiapa sahaja yang bakal memerintah negara ini dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.
Ayat-ayat tersebut seperti memberikan tanda bahawa BN bersedia untuk menerima kekalahan besar dalam pilihan raya yang akan datang ini. Ini mungkin berdasarkan maklumat serta analisis dari berbagai pihak yang meramalkan BN akan kalah teruk dalam PRU-13 nanti.
Untuk itu masa yang ada sementara BN masih menguasai pemerintahan perlu digunakan bagi menjadikan sistem pemilihanraya setelus mungkin agar jika PR menguasai kelak mereka tidak akan menggunakan sistem berat sebelah yang sama untuk kelebihan mereka.
Tapi PR perlu berhati-hati dengan orang politik kerana apa sahaja tindakan mereka bukannya saja-saja nak buat demi nak bagi orang lain menang. Tentu sudah ada perancangan yang lain yang mampu memastikan kemaraan mereka mempertahankan kemenangan pada PRU yang akan datang. Macam Ahmad Nisfu kata...'baik ada makna tu...'
Lapaorannya di sini.
No comments:
Post a Comment