Sistem biometrik yang SPR amat teruja mahu menggunakan bagi memastikan identiti para pengundi napaknya baru dalam peringkat cadangan di mana beberapa syarikat telah mula membuat usul bagi menggunakan sistem mereka. Antara harga-harga yang dicadangkan adalah RM160 juta, RM200 juta dan juga RM300 juta.
Berbanding dengan penggunaan dakwat kekal yang pernah kita beli dari India pada PRU sebelum ini ia amatlah jauh lebih mahal dan mengada-ngada bagi suatu sistem yang hanya digunakan setiap 5 tahun sekali.
Di samping itu akan timbul juga masalah keselamatan pada barangan yang bernilai seperti notebook dan lain-lain. Sedangkan dakwat bertong-tong yang disimpan di dalam lokap balai polis di curi orang, inikan pula segala peralatan yang mahal-mahal dalam sistem biometrik tersebut.
Ada satu syarikat yang mencadangkan penggunaan semula peralatan yang telah dibeli kerajaan untuk melaksanakan sistem subsidi diesel sebelum ini. Sebanyak 6,000 unit alat pembaca maklumat telah dibeli kerajaan bagi melaksanakan skim diesel tetapi telah projek tersebut telah dibakul sampahkan atas sebab-sebab tertentu.
Jadi syarikat yang mencadangkan penggunaannya mengsyorkan agar kerajaan menjimatkan kos dengan menggunakan semula barang yang telah dibazirkan penggunaan wang rakyat tersebut. Bayangkan betapa duit kita, rakyat Malaysia dibazirkan sedemikian rupa sedangkan orang yang menjual barang tersebut yang sudah pasti kroni-kroni telah sendawa kekenyangan.
Baca laporannya di sini
Kalau yang berkuasa itu amanah orangnya, pasti dakwat yang dipilih, tapi kerana ada "udang di balik mee" maka system ini yang cuba diketengahkan. Saya minta pimpinan PR & NGO Bersih terus menolak dan mendesak dibuang saja ke longkang system Biometrik ini. Antara faktor yang boleh kita fikir kenapa Biometrik - 1. ada peluang jana duit, dari komisen maupun harga jualan yang sengaja diletak tinggi, 2. ada ruang utk menipu dgn usahasama JPN, 3. PR dan NGO maupun rakyat terpaksa mengkaji system ini dan kita mungkin tak sempat utk buat tindakan pencegahan, 4. Syarikat kroni dapat untung dan banyak lagi, kerana yang berkuasa sekarang ramai manusia yang tidak amanah & tidak takut balasan akhirat.
ReplyDeleteKaya raya lagi menantu Muhyiddin Yassin,dapat kontrek tambahan. Lempoyang kata:WOW!
ReplyDelete