Desas desus berita mengatakan perkumpulan bekas ahli parlimen yang dipelopori oleh para pendokong kepimpinan Mahathir dulu membuat keputusan dalam satu mesyuarat mereka mahu mendesak Najib meninggalkan jawatannya sebagai PM dan juga Presiden Umno.
Najib dilihat tidak layak menerajui BN dan juga parti lagi setelah mencetuskan berbagai masalah dengan cara dia mengendalikan kerajaan dan juga Umno. Kelemahan Najib ternyata lebih teruk daripada Pak Lah dan mungkin merupakan PM yang laing lekeh sepanjang sejarah Malaysia.
Geng-geng Umno pendokong era Mahathir nampaknya mahu Muhyiddin mengambil alih semua kepimpinan dengan segera demi menyelamatkan Umno yang sudah tumpul sokongan dari pelbagai pihak. Orang Cina dan juga India sudah nyata tidak lagi mengharapkan apa-apa dari BN dan kini Umno sendri sedang pecah berantakan yang bakal membawa sokongan orang Melayu sendiri tergugat terhadap Umno.
Barangkali Muhyiddin memang lebih sesuai menggantikan Najid menerajui Umno berdasarkan sikap ultra-Melayunya yang ketara. Tetapi dia tidak boleh diharapkan untuk menerajui negara dalam saat dunia dan rakyat Malaysia amnya sudah berubah dan celik politik yang mahukan kerajaan yang lebih bebas dari perkauman.
Semua yang sedang berlaku merupakan petanda bahawa saat kejatuhan BN makin hampir dan semua mata perlu memberikan tumpuan pada Pakatan Rakyat.
PR sudah mempunyai rekod cemerlang dalam semua negeri yang diperintahnya dan terbukti mereka mampu menjadi pengganti kepada BN bagi menerajui negara. Memang ada cacat celanya sedikit sebanyak, tapi secara keseluruhannya mereka jauh lebih berupaya daripada BN sekarang ini.
No comments:
Post a Comment