Berapakah Pendapatan CEO MayBank?

Wednesday, 3 August 2011

NUBE atau National Union Of bank Employees menghantar surat pekeliling kepada semua ahlinya menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap gaji yang dibelasah oleh seorang CEO daripada syarikat Maybank yang hanya baru 3 tahun dilantik ke jawatan tersebut. CEO itu ialah Abdul Wahid Omar yang dilantik secara kontrak sejak tahun 2010.

Jumlah keseluruhan gaji Abdul Wahid tidak termasuk segala insuran untuk dirinya, keluarganya dan lain-lain adalah sebanyak RM4,697.000.00 setahun ataupun bersamaan dengan RM391,416.67 sebulan. Dalam masa 2 tahun beliau menerima bonus sebanyak 48 bulan.

Bayangkan jika seorang pekerja biasa menerima bonus sebanyak 48 bulan, sudah tentu dia menjadi manusia yang paling gembira dalam kampungnya walaupun gajinya tidaklah seberapa. Inikan pula seorang CEO yang jumlah gajinya sehari melebihi jumlah jagi pekerja biasa selama bertahun-tahun dianugerahkan pula bonus sebanyak 48 bulan!.

Seandainya Abdul Wahid adalah salah seorang pemilik bank tersebut sudah tentu pihak NUBE tidak akan rasa irihati, tapi dia hanyalah pekerja seperti mereka juga yang bertungkus lumus turut sama menaikkan nama MayBank.

Alahai, nak buat macam mana, itulah sistem kapitalis dalam era zaman moden ini, "The Winners Take All". Mereka yang average hanya mampu menggigit jari dan menyesali keadaan yang menimpa dirinya.

Keadaan yang sama berlaku pada ahli-ahli sukan yang mana seorang dua dari pemain membelasah pendapatan yang jauh terlalu banyak berbanding pemain yang lain dalam pasukannya.

Kalau shareholder MayBank rasa itu adalah jumlah pendapatan yang patut diambil oleh Abdul Wahid Omar atas kehebatannya menerajui bant tersebut, apa orang lain boleh buat. Walaupun MayBank merupakan GLC, rakyat tidak ada apa-apa kuasa dalam menentukan halatuju bank tersebut

Rakyat hanya bergantung kepada wakil mereka di Parlimen bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap segala aktiviti syarikat GLC. Jika kepala semua GLC merupakan kroni-kroni pemerintah, maka apa saja tindakannya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Begitulah yang terjadi kepada MayBank yang tidak ada apa-apa walaupun berlaku pembelian bodoh yang merugikan terhadap sebuah bank di Indonesia sebelum ini. Walaupun ia dibangkitkan oleh ahli parlimen pembangkang, tetapi tidak mendapat sokongan oleh ahli parlimen kerajaan.

Kepada rakyat yang perihatin, kita perlu melihat semua ini dan menggunakan kuasa kita dalam menentukan siapa yang kita latik menjadi wakil kita sebagai ahli parlimen. Biarlah mereka yang boleh lawan mempertahankan hak kepentingan rakyat.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License