Tiba-tiba nama di atas menjadi amat popular di negara kita. Ramai orang yang dah mula mengenalinya apabila 2 pihak saling mempromosikannya. Satu pihak menghebahkan maklumat bagi memburukkan dirinya manakala satu pihak lagi menyebarkan maklumat menaikkan namanya.
Mungkin ramai yang dah menerima sms yang mendedahkan siapa Ambiga ini dan mengajak orang ramai berfikir samada perlu menyokong atau menolaknya, sms itu adalah seperti di bawah:
Siapakah sebenarnya Pegerusi Himpunan Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan
- Beragama Hindu
- Anti Islam
- Peyokong Murtad
- Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorang wanita Islam yang murtad
- Menganjurka forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukanorang bukan Islam masuk Islam
- Pendokong IFC, yang pernah mengatakan bahawa perceraian dalam Islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.
- Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang nak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
- Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang nak memohon jadi peguam syarie dan nasib baik permohonannya ditolak.
Ini pula sebaran dari mereka yang meyokong Ambiga yang saya baru terima dari seorang Non-muslim:
US Secretary of State Hillary Clinton and first lady Michelle Obama present give away Secretary of State's Award for International Women of Courage to Malaysia 's Ambiga Sreenevasan (Malaysian Bar Council) at the State Department in Washington , DC (AFP)
The shame of it all that we should be so proud (and are) of our own Malaysian receiving an international award like this, but the Malaysian government and press don't see it as important enough to publish it in our local dailies! It was only published by THE SUN but rather small and hidden in the inner pages. WHY???...BECAUSE SHE WEARS A SAREE, NOT A 'TUDUNG'???!!!!
Never mind if they don't publish in the papers......lets circulate ........
This Picture Made It To the Pages of India Times but not in our own papers!
This Picture Made It To the Pages of India Times but not in our own papers!
Cuma saya agak terkilan dengan kenyataan atau tuduhannya yang memerli kononnya anugerah yang Ambiga terima tidak disebarkan dengan meluas disebabkan dia berpakaian Saree dan bukannya bertudung.
Alasan tersebut ternyata berbaur perkauman dan keagamaan kepada masyarakat Malaysia yang amat merbahaya. Adakah mereka yang memakai tudung mendapat liputan atau sanjungan yang sepatutnya dari masyarakat?, sudah tentu tidak.
Asasnya adalah perbezaan fahaman politik yang membuatkan seseorang itu samada disanjung atau ditolak. Lihat contoh yang paling ketara berlaku pada Prof Syed Hussein Al-Attas ketika dia berada di atas landasan pembangkang dahulu, semua hasil kritikannya lansung tidak mendapat tempat sedangkan dia merupakan seorang pemikir bertahap antarabangsa.
Kita ada akal untuk membuat pertimbangan, jangan jadi pak turut yang tidak ada pendirian sendiri. Sokonglah samada pembangkang atau kerajaan dengan beralasan dan berprinsip, jangan hanya sekadar menumpang seronok dan meletakkan pertimbangan akal di almari rumah.
Ada perkara yang kita sokong dan ada perkara yang kita tidak perlu sokong. Apabila seorang sami Buddha mengajak orang ramai membetulkan rumah orang susah yang roboh dilanda ribut...sudah tentu akan kita sahut ajakannya walaupun dia meyembah patung. Apabila seorang Ustaz mengajak kita merobohkan rumah seorang yang msikin, sudah tentu kita tolak walaupun dia berkopiah.
Ada perkara yang kita sokong dan ada perkara yang kita tidak perlu sokong. Apabila seorang sami Buddha mengajak orang ramai membetulkan rumah orang susah yang roboh dilanda ribut...sudah tentu akan kita sahut ajakannya walaupun dia meyembah patung. Apabila seorang Ustaz mengajak kita merobohkan rumah seorang yang msikin, sudah tentu kita tolak walaupun dia berkopiah.
No comments:
Post a Comment