Satu Lagi Projek Bazir Wang Rakyat !

Wednesday, 29 June 2011

PM mengumumkan kerajaan akan belasah RM113 juta bagi pembinaan The Crops for The Future Research Centre. Pusat tersebut dibuat bagi menjalankan aktiviti R&D terhadap tumbuhan yang mampu dijadikan alternatif sebagai sumber makanan rakyat negara kita. Baca sini.

Ia adalah kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Kampus University of Nottingham di Semenyih, Bangi. Ia juga merupakan satu-satunya dan yang pertama di dunia. Wow hebat !

Masalahnya kenapa nak bazirkan duit rakyat buat satu lagi badan R&D yang memang dah ada kat negara kita ini. Kenapa tak berikan peruntukan tersebut pada Mardi yang memang dah lengkap dengan infra yang baik. Cuma perlu diperbaiki sahaja akibat telah dianak tirikan oleh kepimpinan Tun M dulu sampai nak mampus.


Dengan buat satu lagi pusat sebegitu, nampaknya sekurang-kurangnya RM50 juta akan habis lenyap untuk buat bangunan yang dah terlalu banyak di negara kita ini. Bakinya adalah untuk menyediakan peralatan, perabut, pejabat, kelengkapan elektrik, penghawa dingin dan komisyen sana dan sini. Akhirnya akan adalah baki RM2 untuk memulakan R&D.

Dalam tempoh 7 tahun semua orang dah lupa projek tersebut dan mereka yang jadi broker pada projek, para kontraktor kroni dan lain-lain yang seumpama dengannya dah senang lenang hidup mewah belanja duit rakyat.

Apa tak adakah Menteri yang prihatin dengan pembaziran projek yang bertindih-tindih kat negara kita?.
Share on :

3 comments:

  1. Pi blajar dengan Thailand aja macamana nak usahakan terutama padi.

    ReplyDelete
  2. Huh, pengalaman makan pulut ngan ikan masin dan kopl o di betong, Thailand, memang sedap

    ReplyDelete
  3. Kalau benih padi, berasnya tak sempat nak jadi nasi sejuk dah basi lebih baik tak payah buat R&D.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License