Dunia Mentertawakan Kita Dalam Kes Kehilangan Enjin Jet F-5

Tuesday, 28 June 2011

Sanggupkah kita membiarkan PM kita menjadi bahan ketawa
orang luar?
Kes kehilangan enjin jet F-5 muncul kembali apabila wikileaks mendedahkan bahawa kerajaan Amerika sedikitpun tak percaya bahawa tidak ada orang lain yang terlibat melainkan dua orang di mana seorang mencurinya dan seorang lagi menjualnya.

Memang logik akal waras manusia tidak dapat menerimanya lansung melainkan seseorang itu ada masalah litar putus dalam urat saraf kepalanya sahaja yang akan menerima segala penjelasan yang telah dihidangkan oleh pihak kerajaan.

Dalam pendedahan tersebut ternyata kredibiliti PM kita menjadi bahan ketawa apabila Najid mendakwa mereka berusaha keras membenteras penyelewengan dan rasuah dan tidak berkompromi dalam apa-apa saja kes yang melibatkan pegawai atasan.

Liputan media seperti terkunci dan tidak perpanjangkan kes tersebut seolah-olah ia lansung tidak penting sedangkan ia melibatkan institusi pertahanan penting negara. Apakah mesej yang mahu disampaikan pada masayarakat antara bangsa?

Bukan kita mahu mendewa-dewakan negara asing, malah tak perlupun untuk kita mengambil alasan ketidak percayaan Amerika sebagai hujah kita menolak kebobrokan pentadbiran kita dalam kes tersebut.

Rakyat kita punyai akal yang cukup untuk menilai segala kejadian yang berlaku di depan mata. Jika kes sebeginipun kita masih mahu bersikap tidak apa, alamatnya kita sengaja membiarkan tanah tumpah darah kita, tempat kita bernaung menjadi bumi yang lansung tidak dapat dibanggakan.

Share on :

1 comment:

  1. Kutu berahak Be End mmg dari dulu lagi suka keluarkan fakta mengarut tak masuk akal demi menjaga kesejahteraan kroni talibarutnya. toksah kata enjin jet, kes altantuya yang kene bom pun mmg cukup jelas dh, x payah suluh dh psl spotlight mantap punya dh flash.yg kene hukum hanyalah tukang letak bom yg xde motif pun untuk berbuat begitu,mmg nampak sngt mereka hanyalah yang menurut perintah.tukang bg perintahnya ke mana? bapak punya high-profile case mcm tu pun bley kene tutup mcm x pernah wujud, yg jadi kambing hitam adalah mamat 2 ekor yg tak tahu mane asal usulnye.dari situ pun dh nampak kepincangan perundangan malaysia....sejibik mcm filem tak masuk akal tamil n hindustan yg mane org miskin kene tindas bagai nk rak, yg kaya tetap kaya raya berkuasa sampai la tuhan turunkan bala.mcm mane sy ketawa terbahak-bahak bila menonton filem tamil/hindustan, sy rasa begitulah masyarakat dunia ketawa terbahak-bahak menonton sandiwara politik dan perundangan di Malaysia....wallahualam...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License