Perarakan Gay di Tel Aviv |
Semua orang setuju bahawa arak memang mendatangkan banyak kerosakan. Judi juga satu aktiviti yang banyak mendatangkan keburukan. Kedua-duanga diharamkan dalam Islam.
Tetapi untuk menjatuhkan industri arak dan judi dengan mengharamkannya adalah sesuatu yang hampir mustahil. Negara kita sendiri yang mengumumkan pada dunia bahawa Malaysia sebuah negara Islam tidak dapat menghalang kegiatan judi dan arak daripada menjadi salah sebuah industri yang diiktiraf.
Kenapa kita menjadi lemah dan tidak ada kekuatan untuk menghapuskan industri arak dan juga judi jika semua akui keburukannya? jawapannya adalah disebabkan oleh kepentingan ekonomi terhadap kedua-dua industri tersebut.
Kita boleh rumuskan bahawa apabila sesuatu yang mendatangkan keburukan berjaya membina kekuatan dan kepentingan ekonomi kepada sesebuah negara dan umumnya dunia, maka dunia samada secara rela atau tidak rela akan memberikan laluan kepada kegiatan tersebut diiktiraf sebagai sah.
Begitulah juga yang sedang berlaku kepada kegiatan gay atau homoseksual sekarang ini. Sebagaimana tajuk di atas, industri pelancongan gay sahaja bernila EUR 3.2 billion sekarang ini. Kaum gay merupakan golongan yang kuat berbelanja dan mereka gemarkan barangan mewah dan berjenama.
Kalau kita perhatikan banyak agen-egen pelancongan sekarang ini menyediakan pakage khidmat pelancongan khas untuk para gay di seluruh dunia. Expo Pelancongan Gay sekarang ini merupakan aktiviti tahunan yang banyak dianjurkan di seluruh dunia. Tel Aviv merupakan bandaraya yang menjadi pusat kepada industri pelancongan gay dunia sekarang ini.
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai nilai pasaran perniagaan untuk kaum gay sekarang boleh klik di sini. Lihat di google betapa meriahnya promosi pelancongan gay di dunia maya kat sini.
Nampaknya arus kerosakan manusia sudah terlalu kuat untuk dibendung, perkara yang haram dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia sudah diiktiraf dunia, sampai bila kah agaknya kita, anak isteri kita, keluarga kita, saudara mara kita dan seterusnya keturunan kita mampu bertahan? Moga Allah selamat dan pelihara kita.
No comments:
Post a Comment