Mat Sabu Masih Tak Sedar Dia Timbalan Presiden - Bangunkan Dia Segera !!!

Tuesday, 14 June 2011

Mat Sabu perlu ingat bahawa dia adalah orang nombor dua parti selepas presiden, semua kenyataan yang keluar dari mulutnya didengari, diperhatikan dan diambil pakai sebagai kata-kata keramat pemimpin Pas.

Kalau dulu dia hanyalah orang kecil dalam kepimpinan Pas, dia boleh buat lawak bodoh dan berseloroh ikut suka hati dia dan semua orang anggap itu modal pelaris ceramah politik Mat Sabu.

Namun kini semua itu tidak boleh diamalkan lagi oleh Mat Sabu. Berkemungkinan besar Mat Sabu masih menganggap dia sedang bermimpi bahawa dia orang no 2 parti, dan dia masioh tertunggu-tunggu bila dia akan dikejutkan!

Baguslah kalau Mat Sabu berterusan buat kesilapan demi kesilapan dalam masa awalnya agar ramai yang perasan kesilapan tersebut dan segera sedarkan Mat Sabu.

Banyak kenyataannya seperti menawan Bukit Bintang agak keterlaluan dan tidak mencerminkan sebagai pimpinan tinggi Pas, dia seperti terburu-buru membuat sebarang kenyataan tanpa menimbangkan kesan di sebalik kenyataan tersebut.

Nah sekarang dah ada yang mula menyanggah keceluparannya, bangunlah Mat Sabu banyakkan kerja dan kuranglah berkata-kata. Antara sebab manusia ramai masuk neraka adalah kerana mulutnya.

Lebih banyak kita bercakap lebih banyaklah kita berkemungkinan buat dosa, sebab itulah ada antara sahabat yang memasukkan batu ke dalam mulut mereka, ini menggambarkan betapa takutnya mereka terhadap keterlanjuraqn berkata=kata.

Share on :

7 comments:

  1. ni apa haram jadah , duk mengomplen tetapi tidak faham maksud sebenar???? hang baca politik kut mana??? Hj Mohamad Sabu menegur dan berucap atas dasar ilmu dan pengalaman beliau....dia berani menegur, cuma tuan dan yang seangkatan dengannya yang tidak mahu menerima teguran....apa maksud hadis "Berkatalah yang benar...meskipun ianya pahit...." , jangan lah kita asyik leka dengan keseronokan politik dengan kuasa yang kita ada....tetapi penakut.....

    ReplyDelete
  2. blogger bodoh..hahaha

    ReplyDelete
  3. Orang pilih Mat Sabu sebab dia Mat Sabu yang lantang, bisa lidahnya menusuk kalbu para musuh. Kalau nak suruh Mat Sabu jadi macam Timbalan Presiden yang dulu, baik toksah buat pemilihan... angkat je si Mesra UMNO tu kekal jadi Timbalan Presiden sampai mati.

    Teruskan Mat Sabu, tenyeh musuh-musuh di luar dan di dalam PAS, bukan masanya nak main drama romantik dengan depa semua ni. Ingat kalau kita buat 'candle dinner' dengan makhluk-makhluk tu depa nak terima Islam... rendam panda dalam klorox sampai jadi putih takkan mereka berkata baik tentang PAS dan Pakatan Rakyat.

    Aku tak fikir Saidina Umar Al-Khattab mengubah sikap yang memang garang hanya kerana beliau dilantik menjadi khalifah.

    ReplyDelete
  4. ..nampak mcm bodoh..lepas bercakap sah memang bodoh!!..

    Mat sabu golongan PROFESIONAL..engko org ADA?

    Mat sabu memang biasa merapu mcm tok selampit tapi dia bagi nasihat dan pandangan profesional..engko orang ADA?

    tak baik buat penyokong Mat sabu marah..dia org profesional tau!!

    ReplyDelete
  5. Kan Anon 1:05 dah sasau sebab Mat Sabu.

    ReplyDelete
  6. Ade yang dah makan cili ke?

    ReplyDelete
  7. Apa salah dengan kenyataan Mat Sabu?Bagi saya dia muhasabah pemimpin dan parti supaya fokus kepada gerak kerja politik. Jangan apabila berkuasa nak projek dan buat macam umno. Banyak ahli pas membuat statement macam umno pasal projek dan nak balas dendam jadikeyataan mak sabu tu betul. Mat Sabu ialah street fighter. Dia sedih rakyat mustaadafin ditinggalkan selepas mencapai kemenangan. So watchup Pas...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License