Ibrahim Ali Mahu Mengamok Dalam Himpunan Bersih 2.0 - Dia Mahu Syahid Berjihad ?

Monday, 13 June 2011

Agak pelik melihat 3 raja lawak dari kumpulan ahli parlimen bebas seperti Ibrahim Ali, Zahrain dan juga Zulkifli Noordin yang bersungguh-sungguh menyanggah hasrat beberapa NGO termasuk beberapa pimpinan pembangkang untuk berarak dalam Bersih 2.0

Orang lain taklah seberapa sangat, kalau adapun tak ada menyebut atau munyerang parti-parti pembangkang yang terlibat. Tetapi mereka bertiga siap buat roadshow berceramah dan menuduh Pas cuba merampas kuasa perarakan Bersih 2.0.

Bagi Ibrahim Ali pula selepas habis suara dan jeritannya tidak lansung mendapat layanan kecuali pihak media yang seronok mencuit ketiaknya agar sentiasa melatah, dia kini mengancam untuk mengamok jika Bersih 2.0 diteruskan.

Satu pemikiran yang bercelaru ditunjukkan oleh Ibrahim Ali yang nampaknya rasa tercabar dengan kumpulan Bersih 2.0 apabila mengugut akan bertempur bersama pasukan penyokongnya bagi menghapuskan mereka yang berarak aman pada 9 Julai nanti.

Alasan utama mengapa Ibrahim Ali membantah Bersih 2.0 adalah kerana katanya perarakan tersebut boleh mencetuskan huru hara dan kacau bilau, ini memberikan imej yang buruk pada negara.

Atas alasan itu, maka Perkasa akan turut sama turun untuk bertembung dengan Bersih dan bertempur bagi menggagalkan perhimpunan. Tidakkah itu namanya pemikiran celaru, apabila dia sendiri berazam untuk mencetuskan apa yang cuba dipadamnya?.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License