Setuju Dengan Kickdefella - UMNO Dah Takda Modal, Polis hanya Jaga Umno!

Monday, 7 February 2011

Pemuda UMNO - Boleh buat apa saja, polis kawal keselamatan
mereka
Menarik baca komen blogger Kickdefella dalam komennya terhadap kenyataan Tok Pa untuk mencipta satu lagi "gelombang merah". Tok Pa kononnya sedang perkemas untuk tawan Kelantan. Kata kickdefella, tak payah gelombang-gelombang lah, dah banyak sangat gelombang.

Pendedahan kickdefella dalam usaha sabotaj sekerat dua pemuda UMNO dalam PRK Tenang baru-baru ini juga menarik. Kumpulan yang cuba nak sabotaj ceramah Lim Guan Eng di kawal ketat oleh pihak polis agar usaha sabotaj mereka berjaya. Ternyata Polis bertuankan Umno.


Pihak Polis (mungkin hanya yang pergi jaga Tenang kot?) nampaknya lebih menjaga keselamatan UMNO/BN daripada menjaga keselamatan rakyat. Bagi polis hanya mereka yang menyokong Umno/BN sahaja merupakan rakyat Malaysia. Kalau penyokong Pembangkang yang buat hal macam pemuda Umno itu, belum sempat ikat kepala dah kena humban masuk lokap.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License