Ketua pemuda Pas terpaksa membuat kenyataan kepada Harakahdaily untuk menerangkan keadaan sebenarnya. Dia menafikan ada memberikan arahan pihak berkuasa kerajaan pimpinan PR untuk menjalankan aktiviti pemantauan membenteras aktiviti tidak bermoral sempena sambutan hari valentine.
Sebaliknya dia hanya memberitahu bahawa pemuda Pas sentiasa bersedia memberikan kerjasama ke arah aktiviti membenteras aktiviti tidak bermoral. Kenyataan telah diputar belitkan oleh AFP yang menulis laporan sebelum ini.
Akibat dari berita yang tak betul tersebut sebahagian dari pimpinan PR menyuarakan rasa todak setuju mereka dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas itu. Dalam kenyataan Ketua Pemuda itu, dia berkata "saya tidak jahil tentang autoriti dan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri".
Saya rasa tidak ada yang bodo dalam hal ini, cuma pihak wartawan dan media Pro BN yang lebih pandai. Mereka pandai manipulasi kenyataan dan ambil kesempatan dari segala kenyataan. Kalau kita dah tahu memang macam tu, sebagai pemimpin PR kita kenalah lebih bijak daripada para pemberita media BN agar tidak terperangkap. Bukan senang nak jadi pemimpin. Apatah lagi pemimpin yang melawan arus.
Memang dengan pengalaman yang BN ada dalam memerintah sejak merdeka dan kemahiran mereka mencengkam semua media agar sentiasa memberikan kelebihan kepada mereka, mereka dapat mengatur dan menyusun dengan harmoni serangan terhadap pesaing mereka.
Lihatlah saja bagaimana kumpulan pro BN/UMNO menggunakan blog yang satu masa dulu menjadi media kepada pembangkang, mereka dalam masa yang singkat lebih jauh ke hadapan dan meninggalkan kumpulan pro-PR ke belakang. Serangan blog mereka amat tersusun dan sekata yang merimaskan pembangkang.
Para blog dari kumpulan pro-PR sehingga sekarang masih tidak ada kemajuan, masih ditakuk lama terutamanya dari segi susunan strategi yang sekata dalam megenengahkan isu. Malah masing-masing ada pemikiran mereka dan kem-kem pemimpin yang mereka sokong yang tersendiri.
Amat malang juga apabila pemimpin PR tidak ada usaha yang bersungguh untuk memperkasakan segala media alternatif yang ada agar mereka dapat mengambil manafaat yang optimum darinya. Jika ini berlanjutan, impian ke Putrajaya hanyalah sebuah mimpi di siang hari.
Baca kenyataan sebenar Ketua Pemuda Pas itu di artikel ini.
Baca liputan isu yang sama di sini.
No comments:
Post a Comment