Ibnuhasyim |
Dalam banyak-banyak blog yang pro-Pas, blog Ibnuhasyim adalah satu blog unik yang menjadi rujukan terutamanya dari segi sejarah perkembangan dan perjuangan Pas tanah air. Beliau merupakan satu-satunya yang telah menulis, menerbit dan memasarkan buku sejarah Pas sejak lama dahulu. Kini kita boleh membacanya semula dengan sedikit tambahan dari blognya.
Ibnuhasyim merupakan salah seorang OTAI Pas yang bergiat aktif di Pulau Pinang dan pernah bertanding di sana dalam pilihanraya. Pada zaman aktifnya di balik pulau dahulu, beliau sudah banyak mencetuskan kontroversi dengan berbagai pembaharuan yang telah dicetuskannya di sana. Beliaulah yang menubuhkan Pas Balik Pulau pada masa lalu yang sebelum itu tak wujud.
Walaupun ramai yang tak suka dengan pendekatannya, namun kekuatan ibnuhasyim pada masa itu adalah kekuatan ekonomi yang mana tak ramai orang Pas yang berjaya dari segi perniagaan pada masa tersebut, jadi walaupun ada yang tak suka, dengan kemampuan kewangannya beliau mampu menggerakkan Pas Balik Pulau dengan tajaan duitnya sendiri.
Ibnuhasyim yang saya kenali unik dari segi sudut pandang serta pemikirannya dalam membaca sesuatu peristiwa. Satu benda unik yang saya memang perhatikan terhadap ibnuhasyim adalah sikap membangkangnya yang tegar. Jadi tak hairanlah dalam dia aktif mengkritik Pas dalam beberapa hal, satu benda yang dia tak pernah kompromi ialah dia tidak pernah menyokong BN, tidak sama sekali.
Sebagai seorang yang progresif dan menitik beratkan kemajuan Pas, ibnuhasyim melihat pemikiran yang cuba diketengahkan oleh Dr Mujahid dalam buku terbarunya merupakan satu pendekatan yang terbaik dan sesuai jika Pas mahu dan serius menggantikan Umno.
Pas perlu berbuat sesuatu agar Parti Pas itu sendiri menjadi kuat, lebih kuat daripada PKR, DAP atau UMNO serta lain-lain parti yang ada di Malaysia ini. Jika Pas berjaya meletakkan dirinya sebegitu, soal Pas bekerjasama dengan siapa sudah tidak menjadi persoalan lagi. Pas lah yang akan memilih dan menentukan dengan siapa dia mahu bekerjasama.
Begitulah apa yang saya faham dari perbincangan tempoh hari dengan beliau serta beberapa kawan yang lain. Sila ikuti ulasan terbaru ibnuhasyim mengenai buku Menuju Pas baru di sini.
No comments:
Post a Comment