Undang-Undang Saman Automatik Diluluskan - Akan Muncul Lagi Syarikat Kaya Segera !!!

Wednesday, 22 December 2010

YB Mahfuz akan hantar surat kepada Dewan
Negara. Hidup YB !
Undang-undang pengankutan jalan raya yang dibuat sedikit pindaan yang lebih merangkumi keperluan semasa telah di luluskan dengan 70 MP menyokong dan 40 MP menentangnya.

Semua mangkuk 70 orang yang menyokong itu main angguk saja tanpa mengkaji kesan negatif pindaan tersebut yang berkaitan dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau (AES).

Sistem ini akan diuruskan oleh 2 syarikat swasta dan hasil pendapatan dari saman akan dikongsi sebanyak 65.7% kepada kerajaan dan bakinya sebanyak 34.3% masuk ke poket syarikat swasta yang dilantik.


Dalam perbahasan menteri yang bertanggung jawab menekankan yang kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu senpun untuk melaksanakan AES. Kononnya alasan itu hebatlah dan 70 mangkuk kaki lena dalam dewan terus undi setuju.

Apa mereka tak tahukah yang akan mengeluarkan duit adalah rakyat dan yang menyakitkan hati ialah hanya sebahagian dari duit itu pergi kepada kerajaan. Sebahagian lagi bakal melahirkan satu lagi "The Best Entrepreneur of The Year".

Sampai bila rakyat Malaysia akan terus menjadi bodoh, sampai bila rakyat Malaysia akan terus memilih ahli parlimen yang bodoh, tak ada sesiapa yang dapat menjawabnya.

Baca beritanya kat sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License