Haramkan Logo 1Malaysia - Ronnie Liu Buat Keputusan Sendiri

Saturday, 25 December 2010

Ronnie Liu ketika demo-air tempoh hari. Beliau dituduh buat
keputusan ikut syok sendiri. Tak bagus ni...!
Ekoran dari nasihat Lim Kit Siang kepada kerajaan negeri Selangor agar mengkaji semula larangan menggunakan logo 1Malaysia dalam sebarang kegiatan iklan, ramai lagi pimpinan PR yang lain bangun menyuarakan nasihat yang sama.

R Sivarasa juga sama pendapatnya dengan Lim Kit Siang menyuruh dilihat semula larangan tersebut. Kerajaan negeri Kelantan dan Pulau Pinang yang tidak ada mengeluarkan sebarang bentuk larangan yang sama dilihat sebagai tidak menyokong tindakan yang dibuat kerajaan negeri Selangor.


Yang paling menarik sekalai adalah kenyataan ahli parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad yang berkata keputusan melarang tersebut bukanlah hasil dari permuafakatan pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya merupakan keputusan dari hanya seorang ahli Exco, iaitu Ronnie Liu.

Jika benar ia hanya merupakan keputusan sendiri seorang Exco, Menteri Besar Selangor perlu tegas agar ianya tidak berulang yang jika berlarutan bakal menjejaskan PR.

Kalau semua exco boleh buat apa-apa saja keputusan sendiri ikut nafsu dan selera kegemarannya, alamat porak peranda negeri Selangor. Jangan biarkan mereka yang over-teruja mendapat kuasa, jika berlarutan tukar saja.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License