Logo ini haram digunakan di Selangor untuk iklan. |
Seorang peniaga di Banting memaparkan logo 1Malaysia pada 'sign board' kedai runcitnya. Baru-baru ini dia mendapat arahan bertulis dari MDKL untuk membuang logo tersebut dalam masa 7 hari. Baca sini
Kerajaan negeri Selangor mengharamkan sebarang penggunaan logo 1Malaysia pada semua billboards di negeri Selangor atas alasan bahawa logo tersebut berbaur politik dan ia tidak dibenarkan dalam pengiklanan.
Berikutan dari arahan kerajaan negeri Selangor tersebut, pimpinan BN menafikan sekeras-kerasnya bahawa logo 1Malaysia adalah logo politik. Baca sini
Memang 1Malaysia bukanlah logo mana-mana parti politik, tetapi ia adalah logo yang dirangka oleh kerajaan BN bagi mendapatkan sokongan politik. Ada perbezaan ka?
Elok jika kerajaan negeri Selangor mencipta satu logonya sendiri untuk digunakan oleh semua rakyat Selangor. Saya cadangkan untuk buat logo "1Rakyat", sesuai dengan falsafah PR iaitu 'merakyatkan ekonomi' dan juga merakyatkan kuasa politik.
Tentu akan timbul pula tuduhan BN yang PR meniru logo mereka. Apa nak perduli, yang mana bagus dan mendatangkan kelebihan kepada parti tu kita ikut sajalah. Kalau tak bagus kenapa kerajaan Selangor takut sangat, bukankah begitu?.
SYABAS!!! kerajaan Negeri Selangor... buang semua bentuk perkara yang memboddoh2kan rakyat...
ReplyDelete