Penduduk Hulu Selangor - Siapa Kata PR Tak Buat Apa?

Tuesday, 20 April 2010

Kalau kita baca, dengar, nonton dalam media semasa yang di kuasai BN, kita sering disogokkan dengan berita yang PR tak buat apa-apa kerja untuk membangunkan negeri Selangor.

Semasa kenyataan akhbar aksi berpaling tadah Dr Halili, beliau memberi kenyataan bohongnya yang menuduh PR lansung tak menyumbang ketika memerintah kawasannya kat Hulu Selangor sana yang mana ia menjadi salah satu sebab dia masuk UMNO dan keluar dari PKR.

Ni ha!, apa dia?, cuba baca laporan dari harakah di bawah. Nampak sangat Dr. Halili tak pernah balik kampung dan tak ambil tau pasal perkembangan daerah dia, betul sebagaimana kata ahli PKR di sana yang dia muncul masa hari penting saja tunjuk muka nak nama.

Bijak sungguh PR tak pilih dia, pimpinan dah tahu kebobrokannya rupanya. Pangkahlah PKR, menangkan PR agar Selangor lebih maju dan telus!!!



Anwar rasmi tuaian pertama ladang pisang terbesar hari ini
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 20 April: Penasihat Ekonomi Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan dan meraikan hasil tuaian pertama Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia petang ini.

Majlis ini akan diadakan di Laman 9, PKNS Bernam Jaya, Hulu Selangor petang ini.

Ia akan menghimpunkan pekerja-pekerja Ladang Dole serta rakyat tempatan yang dijangkakan seramai 2,000 orang akan hadir, kata satu kenyataan dari Pejabat Penasihat Eknomi Selangor.

Dole Inc merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan teknologi pertanian dunia.

Dole Sebiro merupakan satu-satunya wakil pengeluar yang dilantik Dole Inc di Malaysia melalui hasil kerjasama dengan syarikat tempatan.

Sehingga kini, syarikat memiliki ladang seluas 500 hektar di Hulu Selangor yang telah mengambil seramai 200 orang pekerja yang kebanyakkannya terdiri daripada kalangan rakyat tempatan.

Kerajaan Negeri sedang dalam proses rundingan dengan syarikat untuk meluaskan perusahaan ladang tersebut kepada 1,000 hektar yang seterusnya akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas.

Menjelang Jun 2010, dijangkakan Ladang Dole di Hulu Selangor mampu mengeluarkan hasil sebanyak 20,000 kotak pisang dalam tempoh seminggu.

Hasil tersebut bukan sahaja akan dibekalkan ke pasaraya di sekitar Lembah Klang, malah produk tempatan ini akan dieksport secara meluas ke Indonesia, Singapura, Hong Kong dan negara-negara Asia Tengah.

Ini sekaligus akan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama pisang dalam jangka masa panjang.

Usahasama Ladang Dole Sebiro dan PKNS adalah salah satu langkah proaktif oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan nilai pulangan dari tanah-tanah milik Kerajaan Negeri.

Melalui usahasama ini, Dole Sebiro diberikan pajakan pendek bersyarat agar tanah dapat diusahakan dan membawa pulangan dengan membayar pajakan kepada PKNS.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri membantu mewujudkan kegiatan ekonomi di kawasan pendalaman dan peluang-peluang pekerjaan baru untuk masyarakat setempat yang kian terpinggir.

Kerjasama dengan Dole Inc juga menandakan usaha serius Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan aplikasi pertanian moden untuk menembusi pasaran dunia, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu juga,  Anwar melalui Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor turut mengambil inisiatif untuk duduk berbincang  dengan Dole Inc bagi mengenal pasti kerjasama yang dapat diambil terutamanya melalui perkongsian bijak dengan Kerajaan Negeri.

Aspek-aspek tumpuan yang akan ditekankan adalah teknologi pertanian moden, strategi pemasaran, latihan atau peningkatan keupayaan dan lain-lain aspek penting, katanya.
Share on :

1 comment:

  1. kawe x mau dok bwh tlunjuk ktua pmbangkang yg wt liwat...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License