Mohamad Khir Toyo Simpati Pada Pas - PRK Hulu Selangor

Thursday, 22 April 2010

Bekas Menteri Besar Selangor dilaporkan bersedih, kesal dan bergenang air mata apabila melihat jentera pilihanraya Pas yang bertungkus lumus bekerja meraih undi di Hulu Selangor.

Diberitakan dia amat bersedih begitu kerana dapat merasakan segala apa yang jentera Pas alami adalah sebijik macam Umno alami yang mana jentera Umno bertungkus lumus berkempen untuk MIC.

Datuk Seri Muhamad Khir Toyo juga dilaporkan berkata Pas tak sepatutnya menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP sebagaimana Umno menjadi kuda tunggangan MIC dan MCA.

Media melaporkan bahawa jentera PKR yang sepatutnya mengetuai kempen meraih undi di sana telah lumpuh, sebagaimana lumpuhnya jentera MIC sedangkan wakil masing-masing yang bertanding dalam PRK itu.

Baca laporan utusan di bawah untuk lebih lanjut;



Pas ambil alih jentera pembangkang

HULU SELANGOR 21 April - Dalam keadaan tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak sampai lima hari sahaja lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilanda kemelut.
Terbaru, difahamkan jentera pilihan rayanya lumpuh berikutan kemelut dalaman yang melanda parti itu.
Berikutan itu Utusan Malaysia diberitahu, jentera pilihan raya Pas yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa mengambil alih operasi bagi membantu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Menurut satu sumber, langkah itu terpaksa dilakukan, setelah PKR mendapati jentera pilihan raya parti berkenaan tidak bergerak sepenuhnya sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.
"Apa yang berlaku sudah diduga kerana sebahagian besar jentera pilihan raya PKR sama sekali tidak bergerak sebagai protes terhadap tindakan pucuk pimpinan parti memilih Zaid sebagai calon," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pilihan raya kecil Ahad ini, Zaid akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan.
Tindakan pakatan pembangkang menyerahkan kepada Pas untuk mengendalikan operasi kempen pilihan raya tersebut sememangnya sudah dijangkakan. Ia kerana PKR mempunyai jentera paling lemah berbanding Pas dan DAP.
Malahan tinjauan Utusan Malaysia mendapati berbanding beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jentera pembangkang sememangnya dilihat tidak agresif berkempen. Keadaan itu turut mendapat perhatian media yang membuat liputan di sini.
Sementara itu, Utusan Malaysia turut diberitahu, selain membantah pemilihan calon, PKR juga berhadapan dengan perasaan tidak yakin di kalangan ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk mereka mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
"Berikutan itu bagi menyelamatkan keadaan dan memandangkan masa yang semakin suntuk, PKR terpaksa menyerahkan kepada Pas untuk mengendalikan operasi dalam usaha meraih undi," kata sumber itu.
Difahamkan juga, ada pula sebahagian ahli PKR keberatan untuk melakukan kempen terutama kempen rumah ke rumah kerana sukar menjawab kenapa Zaid yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dipilih bertanding di Hulu Selangor, selain daripada latar belakang beliau.
Ketika diminta mengulas perkembangan ini, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo berkata, beliau kesal Pas bersedia menerima tugasan berkenaan keran ia menggambarkan Pas hanyalah kuda tunggangan kepada PKR dan DAP.
"Pas sepatutnya bertanya kenapa selepas ada masalah baru PKR hendak meminta pertolongan, sedangkan ketika hendak memilih Zaid sebagai calon, pandangan dan sensitiviti Pas tidak pula diambil kira," katanya.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License