Zahrain Wajar Letak Jawatan - Beri Laluan Kepada Pengundi Memilih Wakil Baru

Monday, 15 February 2010

Saranan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen adalah amat wajar dan bertepatan. PKR perlu menggerakkan satu usaha untuk mendapatkan tandatangan dari seramai mungkin para pengundi di Bayan Baru bagi mendesak Zahrain mengosongkan kerusi yang dipegangnya.

Zahrain disokong atau diberi undi di sana bukanlah atas sifat dirinya secara peribadi, ia adalah atas dasar parti yang disokongnya ketika bertanding dahulu. Walaupun ada kemungkinan bahawa penduduk memilih dirinya atas sifat peribadi, namun ianya hanya dapat di buktikan jika dia bertanding semula atas nama parti bebas yang dia anuti sekarang ini, jika dia menang, maka baru kerusi tersebut hak dia.


Banyak pemimpin Umno yang meletakkan peristiwa Zahrain meninggalkan parti PKR sebagai melambangkan situasi PR yang amat kritikal dan mengalami krisis kepimpinan yang teruk.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberi komen yang lansung tak ada kena mengena dengan mengatakan bahawa tindakan Zahrain tersebut memberi maksud bahawa rakyat telah hilang kepercayaan pada PR, saya rasa dia ada masalah sedikit dengan sistem logik otaknya. Itu baru betul krisis kepimpinan, pemimpin yang tak bagus menganalisa hubungkait logik peristiwa, rosak negara dibuatnya.

Jika benar Zahrain merupakan seorang pejuang kebenaran yang tulin dan bukan seorang pemimpin politik yang hanya mencari makan, dia sepatutnya kekal sehingga menghadapi lembaga disiplin parti dan membuktikan segala tuduhannya, setelah membuktikannya dan tiada tindakan, barulah beliau fikirkan tindakan yang lain, ini belum apa-apa lagi dah umum keluar parti, siapa nak percaya orang begini?.

Dia kini menjadi glamor (mungkin itulah yang dia mahu) dan mendapat tumpuan dari pelbagai pihak terutamanya dari parti lawan yang memang selama ini sentiasa mencari kelemahan. Dengan segera keluar dari parti, dapatlah akhbar membesarkan lagi isu ini dengan membuat provokasi demi provokasi di antara pemerintah Pulau Pinang dengan Zahrain, dan keduanya akan saling melatah seperti orang tua nyanyuk.

Yang pasti mendapat untung adalah BN, apabila BN mendapat untung yang memberi untungnya sudah tentu juga mendapat untung. Yang sentiasa rugi pula adalah rakyat.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License