Jika kita mengikuti perkembangan PKR dari dulu di mana zaman bermulanya, kemudian ketika zaman malapnya, hingga sekarang zaman glamournya, kita tentu tidak dapat menafikan bahawa ramai para pemimpin serta pengikut Anwar yang setia dan hebat-hebat telah keluar satu persatu.
Tak perlulah kita senaraikan nama mereka di sini, kerana biasanya kalau tak semuapun, ramai orang mengenali mereka.
Setiap kali mereka mengistiharkan keluar parti pasti media akan membuat liputan yang besar-besaran mencanangkan parti pembangkang sedang berada di ambang maut, dan individu yang baru keluar parti itu akan diusung sana sini seperti ratu cantik.
Setiap kali mereka mengistiharkan keluar parti pasti media akan membuat liputan yang besar-besaran mencanangkan parti pembangkang sedang berada di ambang maut, dan individu yang baru keluar parti itu akan diusung sana sini seperti ratu cantik.
Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku, tentu ada sesuatu yang tak kena, tentu ada sesuatu yang pelik terhadap saudara Anwar. Adakah pergolakan sesama sendiri sedang berlaku dan sentiasa berlaku dalam kepimpinan, apa yang mereka rebutkan, apa yang mereka selindungkan?.
Nallakarupan baru-baru ini ada memberikan komen bahawa PKR tak akan goyang walau sesiapapun yang keluar parti kecuali jika Azmin Ali yang keluar barulah PKR akan hancur, jadi beliau tak hairan apabila Zahrain keluar parti dan parti masih utuh.
Sebenarnya dari dulu sampai sekarang ramai yang meninggalkan PKR adalah berpunca hanya dari satu sebab sahaja, sebabnya adalah kerana mereka ini semua berasal dari UMNO (kalau Melayu) dan BN (Kalau bukan melayu).
Sekali tercium taik ayam candu, rasa nak cium sekali lagi, tak puas, itu perumpamaan bekas pengikut Umno mereka keluar sebab merajuk atau tak puas hati, dan mereka akan ulang sikap itu lalu masuk semula Umno.
Benar kata Nallakarupan, sehingga akhir sekali Azmin keluar dari PKR, maka tinggal Anwar seorang sahaja sebagai orang yang terakhir yang akan masuk Umno semula. Mereka akan masuk semula satu persatu sehingga habis lenyap PKR tinggal sejarah seperti Semangat 46.
Yang tetap berdiri kukuh dan tahan gelombang yang bergelora hanya PAS dan DAP sahaja.
Baca komen Nallakarupan di bawah,
PKR hanya terjejas jika Azmin tinggalkan parti - Nallakarupan
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Tindakan mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu tidak akan memberi sebarang masalah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecuali jika ia dilakukan oleh Naib Presiden parti itu, Azmin Ali.
Bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan secara sinis mendakwa, Anwar akan berdepan dengan masalah besar sekiranya Azmin yang dikenali ramai sebagai anak emas beliau mengambil tindakan tersebut.
"Saya keluar, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar, Anwar masih boleh bertahan.
"Tapi jika Azmin yang keluar, saya jamin dia mesti pening kepala sebab anak emasnya itu adalah segala-galanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kenyataan sinis Nallakarupan itu dibuatnya sebagai mengulas tindakan Zahrain yang meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas pada Jumaat lalu.
Katanya, tindakan Zahrain itu merupakan kehilangan besar kepada PKR kerana Ahli Parlimen Bayan Baru itu terkenal sebagai ahli politik yang bijak membuat percaturan dan menghadapi sebarang isu.
"Zahrain adalah kawan saya, sebagai seorang rakan, pasti saya amat gembira dengan keputusan tegas beliau.
"Semasa saya keluar PKR dulu ramai yang tanya kenapa saya ambil keputusan itu, saya jawab satu hari nanti anda akan faham maksud dominasi 3 A (Anwar, Azizah dan Azmin) dalam PKR," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan berharap Zahrain yang mempunyai hubungan persahabatan yang lama dengan Anwar dapat menjelaskan kepada rakyat apakah yang telah berlaku antara mereka berdua.
Katanya, tindakan Zahrain itu mengesahkan tanggapan bahawa Anwar tidak pernah menghargai nilai setiakawan sebaliknya ia digunakan untuk tujuan politik sahaja.
"Sebab itu kita lihat pemimpin yang terdiri di kalangan sahabat Anwar seorang demi seorang meninggalkan PKR.
"Senarai nama itu sudah amat panjang sebenarnya, jadi saya harap mana-mana penyokong Anwar yang taksub melulu dapat melihat bagaimana layanan yang diterima oleh bekas rakan-rakannya," katanya.
No comments:
Post a Comment