Giliran Tan Tee Beng Mengadap Lembaga Disiplin PKR

Thursday, 18 February 2010

YB dari Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengkritik secara terbuka terhadap PR terutamanya DAP setelah YB Datuk Zahrain membuka tirai kritikan.

Bagi Datuk Zahrain, dia mengambil tindakan kurang bijak apabila melarikan diri terlebih dahulu sebelum bersua muka dengan lembaga disiplin parti, kini lembaga disiplin menjemput pula Tan Tee Beng untuk mendengar dia mempertahankan segala kecamannya.

Harap-harap Tan Tee Beng tidak menjadi pesalah seperti Zahrain yang keluar dari parti dan membiarkan segala tuduhannya tergantung.

Apa kesannya jika melarikan diri dengan keluar dari parti?, yang paling besarnya adalah mereka membiarkan persepsi akar umbi meletakkan diri mereka sebagai memang bersalah dan segala tuduhan yang dilemparkan secara terbuka tidak berasas dan mempunyai unsur-unsur peribadi.


Tan Tee Beng menuduh Parti ikutannya tidak berfikiran terbuka kerana telah memanggilnya menghadap lembaga disiplin setelah dia secara terbuka mengkritik, malah menggesa Parti menyiasat sendiri segala tuduhannya. Pihak yang menuduhlah yang perlu mengeluarkan bukti, kalau tidak jangan main lepas cakap.

Tan Tee Beng nampaknya mula berfikiran celaru apabila membuat tuduhan seperti di atas, jika kita menuduh seseorang bermakna kita mempunyai bukti serta asas yang kukuh untuk berbuat begitu, mengapa perlu menyuruh Parti menyiasat lagi.

Kerana itulah parti memanggilnya menghadap untuk memberikan peluang padanya membentangkan segala bukti, saya pasti jika benar dan berasas dengan bukti yang nyata, tindakan akan diambil bagi membetulkan kesilapan.

Kenapa Tan Tee Beng beranggapan parti tidak berfikiran terbuka dari kritikan, sedangkan parti bergerak memberikan respon terhadap tuduhannya itu, takkanlah segala apa yang di tuduh parti perlu ambil perhatian dan menyiasat serta menurut segala kecaman.

Jika kita berparti, kita perlu sedar bahawa segala tindakan serta keputusan adalah keputusan kumpulan yang mengambil jalan paling sesuai untuk kebaikan semua, tiada keputusan individu atau peribadi menjadi keutamaan.

Kalau semua anggota parti yang beratus ribu rasa tak puas hati lalu mengkritik dan mahu parti ikut rasa hatinya, alamat hancur leburlah parti tersebut, maka sebab itu perlu ada prosedur.

Sila baca laporan di bawah dari Utusan

'Saya tidak takut'



BUTTERWORTH 17 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 23 Februari ini ekoran kritikan kerasnya terhadap kepimpinan parti dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Tee Beng yang juga bekas Ketua Penerangan PKR negeri ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima surat tunjuk sebab mengenai perkara itu hari ini dan diminta menjawabnya dalam tempoh lima hari.
Menurutnya, surat tunjuk sebab itu menyentuh tindakannya yang didakwa tidak mematuhi keputusan parti, berkelakuan tidak baik, merosakkan imej parti dan membuat kritikan terbuka terhadap kepimpinan parti komponen pakatan pembangkang.
Beliau bagaimanapun menegaskan akan mempertahankan pendirian serta kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang termasuk Guan Eng.
''Saya tidak takut dan saya akan menghantar jawapan berhubung surat tunjuk sebab itu dalam tempoh dua hari. Saya akan tetap dengan pendirian saya sebelum ini," katanya di sini hari ini.
Tee Beng sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Guan Eng dan menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin berat sebelah, tiada kelas dan tidak menghiraukan pandangan rakan-rakannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Kritikan itu menyusul selepas seorang lagi pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyerang kepimpinan Guan Eng yang didakwanya sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya'.
Zahrain kemudiannya meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengumumkan keluar dari parti itu pada 12 Februari lalu.
Tee Beng berkata, tindakan mengheretnya kepada Jawatankuasa Disiplin PKR membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang tidak terbuka dalam menerima kritikan demi kebaikan parti.
''Kepimpinan pakatan pembangkang sepatutnya bersifat rendah diri untuk mendengar pandangan yang berbeza. Nampaknya mereka tidak boleh disentuh dan tidak boleh dipersoalkan langsung," tegasnya.
Beliau turut mencabar kepimpinan pakatan pembangkang supaya bersikap adil dengan menyiasat segala kritikannya terhadap kepimpinan Guan Eng.
Tambahnya, tindakan tegas juga sepatutnya diambil terhadap dua pemimpin DAP iaitu Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi yang membuat tuduhan liar terhadapnya baru-baru ini.
''Jika tindakan tidak diambil, maka ia tidak memberi keadilan kepada saya kerana mereka (Ramasamy dan Jeff) membuat tuduhan yang menjejaskan imej dan reputasi saya sebagai wakil rakyat pakatan pembangkang," katanya.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License