Siapa Sesat Siapa Pengkhianat?

Monday, 17 August 2009


Akhbar propaganda kerajaan begitu rancak sekali memainkan peranan mereka berkempen dalam menghadapi PRK DUN Permatang Pasir dalam seminggu dua ini.

Mereka membuat serangan bertubi-tubi terhadap Tuan Guru Nik Aziz dan juga Anwar Ibrahim dengan memanipulasi segala percakap dan perbuatan mereka berdua.

Tuan Guru dikatakan membolehkan DAP menghina Islam manakala Ketua Pembangkang pula dikatakan sebagai pengkhianat bangsa.

Sebagai seorang yang rasional kita tentu dapat menilai segala kejadian yang berlaku secara keseluruhan dan dapat membezakan mana yang jujur dan mana yang tidak jujur.

Tuan Guru telah memberikan kenyataannya yang dia bermaksud “tidak pelek” dan bukan “tidak mengapa”, kalau kita melihat keseluruhan maksud ayat yang dikatakan tuan guru pun kita dapat memahami maksud yang ingin dikatakan tuan guru.

Memang tidak pelek jika DAP mengeluarkan dan melakukan perbuatan yang boleh dilihat menghina islam kerana mereka bukan islam dan mereka sering ditakut-takutkan dan didedahkan dengan perkaran fitnah yang tidak benar terhadap para pejuang dan pencinta islam.

Cuma saya nak tambah pada Tuan Guru Nik Aziz bahawa sebenarnya tidak pelek jika ada orang islam yang menghina dan memburukkan para pejuang islam kerana mereka yang pada zahirnya islam tetapi menentang islam adalah segolongan dengan Abdullah bin Ubai di zaman Rasulullah dulu. Golongan ini adalah golongan munafik.

Rasulullah sendiri tidak menghapuskan golongan munafik ini kerana khuatir orang menuduh Dia membunuh sesama rakan islam yang boleh mengundang fitnah yang lebih teruk.

Ini juga merupaka dilema yang dihadapi oleh para pejuang islam pada zaman ini, serba salah kita dibuatnya bagi menghadapi golongan ini.

Cuma kita dapat menilai sendiri melalui cara kehidupan Tuan Guru dengan kehidupan mereka yang cuba memutar belitkan kenyataan Tuan Guru sendiri. Kita dapat melihat keikhlasan Tuan Guru dalam menjalani kehidupannya.

Cuba cari jika ada Menteri Besar dari BN yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru, jangan harap nak jumpa. Adakah Tuan Guru gila kuasa untuk membolot segala kekayaan?.

Golongan yang menuduh dan merendahkan Tuan Guru itu kehidupan mereka penuh dengan kemewahan, gila kuasa dan para penjilat mereka juga menjilat semata-mata untuk mendapat laba dari golongan pemimpin mereka yang dapat menjanjikan seribu kekayaan dan kekuasaan.

Golongan yang mengecam ketua pembangkang sebagai pengkhianat juga pantas mengapikan isu perkauman dan dalam masa yang sama juga mempromosikan 1 Malaysia.

Mereka sebenarnya sentiasa mengapi-apikan politik perkauman. Dari dulu lagi mereka bertindak menghidupka semula isu perkauman apabila mereka melihat kedudukan mereka tergugat.

Bukankah semua pakatan pembangkang telah berteguh janji untuk mendaulatkan perlembagaan, meneruskan institusi beraja, memartabatkan bahasa kebangsaan, menjaga hak kepentingan bumiputra dan tidak meminggirkan kaum lain yang menjadi sebahagian dari warga Malaysia.

Lihatlah secara saksama, berapa ramai kaum bumiputra yang terpinggir berbanding kaum lain, sudah tentu yang akan di beri pertolongan adalah kaum bumiputra.

Adakah itu bermakna kaum lain akan dipinggirkan?, walaupun mereka juga susah dan amat memerlukan bantuan?, jawapannya sudah tentu tidak dan islam juga tidak membenarkan begitu.

Janganlah memburuk-burukkan keadaan dengan mengapikan sikap negatif perkauman. Bawalah pendekatan lain dalam bersaing.

Tapi akhbar propaganda mencanangkan seolah-olah para pembangkang yang sebahagian besarnya juga adalah orang melayu mahu menghancurkan bangsa mereka sendiri, seolah mereka bodoh demi kuasa.

Adakah selama ini para pembangkang amat berkuasa, sejak dari merdeka mereka setia menyertai demokrasi walaupun ketewasan yang dihadapi lebih banyak dari menang.

Zaman akhbar propaganda membodohkan rakyat dan mengapi-apikan perkauman sudah berlalu.

Rakyat rindukan kejujuran dalam perjuangan, keikhlasan dalam pertandingan, asal matlamat kita adalah untuk membina negara bangsa kita yang tercinta Malaysia.

Saya yakin ramai rakyat Malaysia sekarang sudah peka dan tahu menilai siapa lebih khianat di antara pengkhianat.
Share on :

3 comments:

  1. Salam..

    En Shubhi,

    Ada tambahan saya nak cerita sedikit tentang Tok Guru. Mengikut cerita orang yang paling hampir dengannya, Tok Guru ni suka menderma tak kira sesiapa saja yang datang meminta, dengan spontan tangannya akan capai buku cek. Jadi adalah seorang hamba Allah ni, dia nak tunai cek yang Tok Guru bagi. Dengan tidak disangka-sangka, cek tu adalah cek tendang (wang sudah tiada dalam akaun). Jadi untuk nak cover imej MB, orang bank buat bank draf.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Penguasa-penguasa munafik bukan saja menghina Islam tetapi sesat lagi menyesatkan segolongan besar umat Islam...kecuali mereka yang benar2 beriman.

    ReplyDelete
  3. Mohd Asri, Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.

    Zaidi Ali, cabaran akhir zaman...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License