PAS Bakar Calon BN Sampai Rentong...!!!
Thursday, 20 August 2009
Masa saya mewakili pasukan bola sepak sekolah rendah Stowell di Bukit Mertajam dulu, pasukan kami merupakan satu pasukan yang amat kuat dan tak pernah kalah. Setiap kali perlawanan, kami akan membelasah pasukan lawan sehingga meleibihi 10 gol tidak berbalas.
Setiap kali mahu berlawan jurulatih kami Mr. Arumugam akan berpesan agar jangan belasah banyak sangat, nanti pasukan lain tak mahu sertai pertandingan lagi.
Pertandingan satu lawan satu antara PAS dan UMNO di Permatang Pasir nampak macam pertandingan yang berat sebelah.
Sebaik saja PAS dapat membuka pekong pada dada calon UMNO, semua pakaian calon UMNO itu dilondeh satu persatu sehingga tiada ruang untuk dia berselindung lagi.
Terbaru bekas rakan Rohaizat yang dikambing hitamkan sebagai orang yang bertanggung jawab terhadap kes pecah amanah muncul menceritakan keadaan sebenar apa yang telah berlaku.
Kawan Rohaizat yang bernama Yusri itu terpaksa kedepan mencuci namanya yang telah dibusukkan oleh UMNO.
Kata Yusri Rohaizat menggunakan duit yang telah disonglap itu untuk menolong seorang kawannya mendapatkan sebidang tanah dan apabila kawannya gagal melunaskan pinjaman itu Rohaizat mengambil hak milik tanah tersebut namun gagal menjualnya.
Sebahagian dari duit juga digunakan untuk menolong seorang lagi rakannya seorang pemaju perumahan yang menghadapi masalah.
Apapun lanjutan tambahan dari cerita calon UMNO tersebut, yang pastinya dia telah didapati bersalah oleh majlis peguam dan lesennya telah ditarik balik.
Rohaizat tidak akan dapat memadam semua fakta yang telah berlaku.
Yang PAS pun satu, mentang-mentang boleh panggang lauk, mereka panggang sampai rentong. Jaga-jaga nanti tak boleh makan pulak !
Labels:
# Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment