Jangan Cemarkan UMNO - Rohaizat Perlu Tarik Diri
Tuesday, 18 August 2009
Mungkin apa yang berlaku di Permatang Pasir adalah tanda-tanda kemelesetan politik UMNO di negara kita ini setelah begitu lama memerintah.
Ada saja yang tak kena dengan segala perancangan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil demi Pilihan Raya Kecil yang bertali arus sejak dari PRU 12 lalu.
Malang kali ini mereka memilih seorang calon yang telah ditarik lesennya dari mempraktikan bidang guaman sivil.
Rohaizat telah dijatuhkan hukuman bersalah walaupun setelah membuat rayuan di mahkamah tinggi atas tuduhan pecah amanah wang pelanggannya sebanyak RM161,000.00
Ini telah disahkan sendiri oleh pengerusi majlis peguam Ragunath Kesavan. Kesalahan ini adalah di atas nama Rohaizat sendiri dan bukan ke atas rakan kongsinya sebagai mana yang dijelaskan oleh Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi.
"Mana ada lesen seorang peguam ditarik atas kesalahan orang lain" kata Pengerusi Majlis Peguam.
Sekatan ke atas Rohaizat dari dikenakan pada tahun 2003. Dah lama berlalu dan mungkin Rohaizat telahpun insaf dan bertaubat. Namun kegagalannya memberikan penjelasan terhadap perkara yang sebenarnya kepada kepimpinan UMNO menunjukkan sebaliknya.
Kalaulah dia menyatakan perkara sebenarnya sejak dari awal sudah tentu senang saja UMNO dapat menyelesaikan masalah tersebut. Setakat RM161,000.00 adalah jumlah yang amat kecil untuk dilangsaikan. Dengan menjual sebuat motosikal mewah Zahid Hamidi saja lebih dari cukup untuk menyelesaikan masalah itu.
Bagiamana UMNO yang hebat organisasinya boleh terlelap dari menghidu perkara tersebut?. Adakah UMNO menganggap remeh perkara tersebut? Kalau gelap duit orang itu perkara remeh, tak hairanlah jika ada yang menggelapkan duit rakyat.
Namun masa masih mengizinkan untuk UMNO menarik diri dari mempertandingkan Rohaizat di Permatang Pasir dan seterusnya dapat menonjolkan semuala integriti mereka di mata rakyat yang mereka sanggup berubah.
Atau mungkin Rohaizat menyangka dengan memenangi PRK ini dia dapat memadamkan segala lubang yang telah dikorek sekian lama tak tertimbus.
Ada orang berkata PR melakukan serangan peribadi ke atas calon. Saya berpendapat ini bukan isu serangan peribadi, ini isu amanah. Kita perlukan seorang pemimpin yang amanah untuk memegang teraju sebagai seorang pemimpin.
Apa guna bijak jika tidak amanah, apa guna kaya jika hasilnya dari penat lelah orang. Pemimpin memegang amanah yang amat berat terhadap kumpulan yang dipimpinnya, kalau tak kuat disiplin memegang amanah, habis segala ikatan amanah akan dileraikannya.
Labels:
# Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau jadi PM alamatnya kena tambah ,000 lagi kat belakang tuuu...hehe.
ReplyDeleteumno dah ketandusan pemimpin dan tunggu masa nak lingkup.. sebab dia buat Islam hanya nak tarik undi orang melayu.
ReplyDeleteZaidi Ali, umpan besar ikan pun besarlah...
ReplyDeleteMohd Asri, Apabila kita daki dan sampai ke puncak bukit maka ia adalah satu permulaan kepada turun bukit pula...